Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gerakan Sokong Sepenuhnya Kepimpinan...

KUALA LUMPUR - Gerakan menyokong sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Pancaran Meteor Geminids Menyinari...

PORT DICKSON - Pancaran tahi bintang (meteor) 'geminids' menyinari ruang angkasa malam tadi...

Gaya Retro Skyteam Ace...

MOTOSIKAL retro seperti Cafe Racer kini kembali menjadi kegilaan peminat permotoran di negara...

‘Betul Encik…Ada Orang Sengaja...

KOTA KINABALU - "Betul encik... ada orang sengaja letak pil (ecstacy) dalam minuman...

Kes COVID-19, India Sekali Lagi Catat Rekod Dunia

NEW DELHI – India mencatat satu lagi rekod global hari ini apabila mencatatkan lebih 414,000 jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam, lapor Agensi Anadolu.

Ia menandakan hari kedua berturut-turut negara itu mendaftarkan lebih 400,000 kes selepas melaporkan 412,262 jangkitan semalam.

Angka Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat 414,188 kes dalam 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21,49 juta. 

Sebanyak 3,915 kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 234,083.

India yang bergelut dengan gelombang pandemik kedua menyebabkan sistem kesihatan negara itu lumpuh. 

Mahkamah Tinggi Delhi semalam memerintahkan pihak berkuasa memberikan rawatan perubatan kepada semua yang dijangkiti COVID-19. 


Sejak 27 April, negara ini juga telah menerima sumbangan antarabangsa untuk bekalan dan peralatan perubatan. 

Namun, banyak hospital menyatakan bantuan terbabit belum sampai kepada mereka.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan malam tadi berkata, “semua bantuan yang diterima hingga 5 Mei 2021 telah diagihkan dan dihantar segera ke negeri / institusi. Usaha sedang dilakukan.” – BERNAMA

Kategori