Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Analisis Awal Keputusan PRN...

Setelah melalui tempoh kempen selama 12 hari, akhirnya PRN Melaka melabuh tirai malam...

Sebahagian Besar MA63 Diselesaikan...

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar perkara utama dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjaya...

Mana Muhyiddin Ketika Sultan...

MUAR - Tarikh 23 Februari bukan asing bagi penduduk Bukit Kepong, pekan kecil...

BNBBC Perak Gesa Dakwa...

IPOH - Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Perak menggesa pihak berkuasa supaya mencari...

Kes Meruncing Punca PKP Dilaksanakan

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga perlu dilaksanakan memandangkan kes COVID-19 di negara ini semakin meruncing, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, walaupun pihaknya berat hati untuk berbuat demikian kerana memikirkan kesannya kepada sektor lain yang terpaksa ditutup sementara, tetapi PKP perlu dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat. 

Katanya, Malaysia kini berdepan gelombang ketiga yang boleh mencetuskan krisis nasional. 

“Sehingga kini, kes harian COVID-19 di negara ini sekitar 4,000 kes dan sebanyak 38,499 kes aktif serta 1,722 kes kematian dilaporkan.

“Kes semakin bertambah dan Kementerian Kesihatan (KKM) terpaksa menambah kapasiti di hospital kerana jumlahnya semakin berkurang. 


“Sekiranya berlaku lonjakan kes COVID-19, kita tidak mempunyai jumlah katil dan mesin pernafasan mencukupi di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana jumlah katil di ICU hanya ada 734 dan hampir 500 daripadanya sudah digunakan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk bersama-sama berusaha membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

“Kita mesti bersama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Duduklah di rumah dan jika perlu keluar untuk urusan penting, patuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya. – BH Online

Kategori