Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

LGBT: Kerajaan, Menteri Wajar...

RAKYAT dan lain-lain makhluk tukar mandat di Putrajaya dengan harapan ia menyambung rahmat...

Kerajaan Thailand Rampas Tanah...

BANGKOKƂĀ - Pejabat Pemulihan Tanah Pertanian Thailand bakal mengambil semula beberapa tanah yang diceroboh...

Projek Terusan KRA Tak...

ISKANDAR PUTERI - Projek Terusan Kra di Thailand, jika menjadi kenyataan, tidak akan...

QZ8501: Bahagian Ekor Pesawat...

PANGKALAN BUN - Sebuah kapal peronda tentera laut Indonesia menemui apa yang kapten...

Kes Positif COVID-19 Global 163.9 Juta, Korban 3.4 Juta

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 163,945,502 susulan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling teruk terjejas dengan 32,996,503 kes.

Ia diikuti India dengan 25,228,996 kes dan Brazil dengan 15,732,836 kes.

Negara yang merekodkan kes positif COVID-19 melebihi angka 5 juta ialah Perancis (5,959,580) dan Turki (5,139,485) sementara Rusia (4,900,995), United Kingdom (4,466,218) dan Itali (4,167,025) pula melebihi 4 juta.

Sepanyol, Jerman, Argentina dan Colombia mencatatkan angka melebihi 3 juta sambil Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat angka lebih 2 juta.

Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile dan Romania antara negara yang mempunyai lebih 1 juta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000.

Sementara itu, angka korban akibat COVID-19 kini berjumlah 3,398,982 selepas lebih 11,000 kematian baharu direkodkan di peringkat global dalam tempoh 24 jam lepas.


Data Johns Hopkins University menunjukkan AS merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 587,196 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 439,050 kes, India (278,719) dan Mexico (220,493).

Sementara itu, United Kingdom (127,953), Itali (124,497), Rusia (114,619) dan Perancis (108,201) merekodkan lebih 100,000 kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Ukraine, Indonesia dan Turki.

Selain itu, Romania, Belgium dan Kanada mencatatkan lebih 20,000 angka korban sambil kebanyakan negara lain masih mempunyai kes kematian di bawah 20,000. – Agensi

Kategori