Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nahas Maut: Kes Drebar...

JEMPOL - Mahkamah Majistret Bahau hari ini menetapkan 13 Sept depan sebagai tarikh...

SPAD Tahan 6 Lori,...

HULU SELANGOR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menahan enam lori serta dua...

Terkenang Guan Eng Kutuk...

FALSAFAH politik 'tiada hujan, tiada banjir' pernah diungkapkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng...

Tujuh Kru Kapal Pemusnah...

TOKYO - Semua tujuh kru kapal perang Amerika Syarikat, USS Fitzgerald yang dilaporkan...

Ketetapan Baharu Bilangan Jemaah Masjid Di Selangor

SHAH ALAM – Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor mengeluarkan ketetapan baharu bilangan jemaah solat fardu lima waktu, solat Jumaat dan solat sunat terawih di semua masjid dan surau di enam daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daerah terbabit ialah Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat.

Jawatankuasa itu dalam kenyataan memaklumkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, seramai 500 orang termasuk pentadbir dibenarkan menunaikan solat Jumaat, manakala solat fardu dihadkan kepada 200 jemaah, termasuk pentadbir.

Bagi solat sunat terawih, bilangan jemaah dihadkan seramai 600 orang di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, manakala 550 jemaah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.

Menurut kenyataan itu, bagi masjid pengurusan dan masjid kariah, solat Jumaat dihadkan kepada 100 orang dan solat fardu 100 jemaah, manakala 100 jemaah muslimin dibenarkan untuk menunaikan solat sunat terawih di masjid berkenaan.

Seramai 200 jemaah pula dihadkan untuk solat Jumaat, solat fardu (200) dan solat sunat terawih (200 muslimin) di masjid institusi.


Di surau solat Jumaat, seramai 50 orang dihadkan untuk menunaikan solat Jumaat, solat fardu (50) dan solat sunat terawih (50 muslimin).

Jelas kenyataan itu, di surau kariah pula, solat fardu dihadkan kepada 50 jemaah dan 50 muslimin dibenarkan menunaikan solat sunat terawih.

Solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat terawih bagi daerah terbabit pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor kekal mengikut ketetapan terdahulu. – BERNAMA

Kategori