Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sultan Selangor Dukacita Ada...

KESAL... Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan perasaan dukacita apabila ada segelintir...

KWSP Mohon Maaf, Minta...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memohon maaf kepada...

Johor Sedia Bangun Kawasan...

JOHOR BHARU - Kerajaan negeri sedia membangunkan kawasan yang menjadi laluan projek Rel...

Zamrud Terbesar Di Dunia...

WOW! Sebutir batu zamrud gergasi bernilai kira-kira AS$318 juta (RM1.3 bilion) ditemui di...

KJ Mohon Maaf Isu Daftar Vaksin AstraZeneca

KUALA LUMPUR – Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memohon maaf susulan masalah teknikal ketika permohonan pusingan kedua janji temu vaksin AstraZeneca, semalam.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengakui pengalaman dilalui pengguna itu menyebabkan mereka kecewa akibat kelemahan sistem memproses permintaan amat tinggi dengan cekap.

“Saya sebagai menteri bertanggungjawab terhadap PICK memohon maaf kepada semua pihak yang mengalami masalah melayari laman sesawang untuk membuat tempahan vaksinasi AstraZeneca pusingan kedua semalam.

“Ia sepatutnya berjalan dengan lebih baik. Sebagai contoh, ada tarikh dipaparkan di skrin menunjukkan warna kelabu dan bukan lagi hijau, menyebabkan pengguna menekan tanpa henti hanya untuk diberitahu slot tempahan telah penuh.

“Ada beberapa perkara lagi tidak sepatutnya berlaku, seperti pengguna tidak dimaklumkan permohonan berjaya diterima atau tidak dan sebagainya,” katanya pada sidang media hari ini.


Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pihaknya menyedari isu berkenaan, selain memahami kemarahan dan kekecewaan orang ramai, terutamanya golongan yang gagal mendapatkan slot tempahan dikehendaki mereka.

“Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memandang serius perkara ini dan selepas tempahan ditutup semalam kita telah memulakan siasatan berkenaan punca masalah serta kelemahan sistem diguna pakai.

“Kini, siasatan sedang dilaksanakan dan diketuai Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi mengenal pasti dan mengatasi masalah terbabit untuk tindakan seterusnya,” katanya. – BH Online

Kategori