PUTRAJAYA – Kementerian kesihatan (KKM) mengesan 870 petugas kesihatan yang mendapat jangkitan COVID-19 selepas mendapat dos vaksin menerusi fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula akhir Februari lalu hingga April.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ketika ini, pihaknya mendapati seramai 1,369 petugas kesihatan dijangkiti wabak itu sejak setahun lalu.
“Seramai 219 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas mendapat satu dos vaksin atau 16 peratus daripada keseluruhan petugas yang dijangkiti,” katanya pada sidang media secara maya, tengah hari tadi.
Dr Adham berkata, bagi petugas yang sudah mendapat dua dos vaksin, seramai 651 dikesan dijangkiti COVID-19 manakala 499 lagi dijangkiti sebelum mereka mendapatkan pelalian. – BH Online