Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Separuh Bogel Atau Pakai...

Sekeping imej yang menunjukkan seorang wanita separuh bogel, tanpa memakai seluar ketika mendaftar...

Naya… Banyak Gam Gajah...

MALANG menimpa seorang lelaki apabila dia tersalah guna ubat titis mata. Rupa-rupanya ia...

Manifesto BN Perancangan Idealistik,...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan...

Kerajaan Mahu Wanita Memasuki...

KUALA LUMPUR - Program Sokongan Untuk Suri Rumah 1Malaysia dan Program Wanita Kembali...

Lebih 2.6 Juta Dos Vaksin COVID-19 Sudah Diberikan

KUALA LUMPUR – Lebih 2.6 juta dos vaksin COVID-19 sudah diagihkan di seluruh negara, dengan lebih 64 peratus daripadanya mendapat perlindungan sekurang-kurangnya satu dos vaksin, setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, memaklumkan sebanyak 2,605,036 dos diagihkan setakat semalam, dengan 1,667,280 individu sudah menerima dos pertama.

Jumlah penerima dos pertama itu bersamaan hampir tujuh peratus daripada kira-kira 24.3 juta populasi berusia 18 tahun ke atas di negara ini, yang disasarkan untuk menerima vaksin COVID-19 bagi membentuk imuniti kelompok.

Selain itu, Dr Adham berkata, hampir sejuta individu, iaitu 937,756 orang sudah mendapat perlindungan lengkap dengan menerima dua dos vaksin, setakat semalam.

Berdasarkan data dikongsi Dr Adham di Twitter, Kuala Lumpur kini mendahului pemberian dos pertama vaksin dengan 264,882 dos, disusuli beberapa negeri lain antaranya Selangor (222,802), Sarawak (174,562), Johor (145,915), Perak (142,116) dan Sabah (120,841).

Selangor pula mendahului pemberian dos kedua dengan 126,615 dos, disusuli beberapa negeri, antaranya Sarawak (92,390), Kuala Lumpur (90,552), Johor (83,751), Perak (79,241) dan Sabah (75,676).


Dalam pada itu, Dr Adham memaklumkan, sebanyak 11,314,494 individu sudah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera setakat semalam, iaitu peningkatan lebih dua peratus berbanding kelmarin.

Katanya, jumlah pendaftaran itu bersamaan 46.6 peratus daripada kira-kira 24.3 juta populasi berusia 18 tahun ke atas di negara ini, yang disasarkan untuk menerima vaksin COVID-19 bagi membentuk imuniti kelompok.

Selangor mencatat pendaftaran tertinggi dengan lebih tiga juga individu, disusuli beberapa negeri lain seperti Johor (1.38 juta), Sarawak (1.19 juta), Kuala Lumpur (945,153), Perak (799,157) dan Pulau Pinang (748,530). – BH Online

Kategori