Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Had Umur Mengundi Tidak...

KUALA LUMPUR - Pindaan pendaftaran warganegara berusia 18 tahun ke atas secara automatik...

Pertempuran Sengit Di Israel,...

BAITULMUQADDIS – Tentera Israel menyatakan bahawa pihaknya masih bertempur dengan pejuang Gaza yang...

Polis Masih Siasat Motif...

SHAH ALAM - Polis Selangor masih menyiasat motif sebenar kes seorang pengawal peribadi...

Imigresen Kedah Tahan 28...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 28 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Lelaki Malaysia Positif Covid-19 Kluster Kasino Di Singapura

SINGAPURA – Seorang lelaki Malaysia berusia 34 tahun menjadi kes baharu Covid-19 yang dikaitkan dengan kluster Dealer Marina Bay Sands Casino dan disahkan positif untuk tahap awal varian B1617, menurut kementerian kesihatan republik itu.

Dalam data penuhnya yang dikeluarkan lewat malam tadi, kementerian itu mengatakan lelaki berkenaan kini menganggur dan adalah kontak serumah dengan kes pertama dalam kluster itu, seorang lagi lelaki Malaysia berusia 36 tahun yang bekerja sebagai dealer di Marina Bay Sands Casino, dan disahkan dijangkiti Covid-19 pada 16 Mei.

“Beliau mengalami demam dan batuk pada 12 Mei, dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik Kesihatan Awam pada 15 Mei, dan didapati positif saringan ‘Antigen Rapid Test’ (ART).

“Beliau segera dikuarantin dan menjalani ujian ‘Polymerase Chain Reaction’ pada hari yang sama.

“Keputusan ujian mengesahkan beliau positif Covid-19 pada 16 Mei. Hasil ujian serologinya belum diperoleh. Beliau didapati positif tahap awal untuk varian B1617, dan sedang menunggu ujian pengesahan lebih lanjut,” kata kementerian itu.


Berikutan kes baharu itu, kluster Dealer Marina Bay Sands Casino kini mencatatkan tiga kes dengan kes lain membabitkan seorang lelaki Singapura berusia 35 tahun yang juga bekerja sebagai dealer di Marina Bay Sands Casino.

Republik itu yang memperketat langkah-langkah pengurusan keselamatan dalam komuniti bermula 16 Mei, setakat ini mencatat 61,613 kes keseluruhan.

Ia mempunyai 16 kluster terbuka setakat ini dengan yang terbesar berkait dengan kes Terminal 3 Lapangan Terbang Changi yang mempunyai 78 kes yang disahkan. – BERNAMA

Kategori