Dari Facebook Najib Razak
BANGGA bahawa lokasi paling hot di London adalah projek milik penuh Malaysia.
PM7 kagum dan penuh pujian apabila dia lawat projek Battersea ini pada tahun 2019.
“Saya tidak sangka ia sehebat ini. Saya rasa ia sesuatu yang boleh kita banggakan untuk Malaysia menghasilkan sesuatu yang seperti ini,” katanya masa itu.
Dia turut tidak melepaskan peluang selfie dengan berlatarbelakangkan empat cerobong asap di tapak bangunan ikonik itu.
Tapi peliknya ialah dia tak pernah tuduh Najib “beli” London pulak.
Takde pun dia pernah soal bagaimana negara yang sudah bankrap seperti kita dengan ramai orang malas mampu membangunkan projek sebesar dan seindah ini di tanah bekas penjajah kita.
Ibu pejabat syarikat Apple UK akan berpindah ke projek Battersea milik Malaysia ini manakala Apple Malaysia bakal bertapak di projek TRX milik 1MDB.
https://www.theedgemarkets.com/article/trx-talks-apple-inc-open-store