Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ini ‘Rare’… IPhone Berbentuk...

SEBUT sahaja negara China, pastinya ramai yang mengetahui negara itu amat sinonim dengan penghasilan barangan...

‘Baju Merah’ Tolak Agenda...

KUALA LUMPUR - Himpunan 'Baju Merah' pada Rabu menolak sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan haram...

Tayangan FIFA 2018 Tak...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan projek Rundingan Terus (RT)...

Tahfiz: Sebahagian Remaja Ditahan,...

KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada tujuh remaja yang ditahan susulan kebakaran pusat tahfiz...

Majlis Berbuka Puasa Langgar SOP, Penyanyi Dipanggil

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap yang juga penganjur majlis berbuka puasa di sebuah hotel, di sini, sudah dipanggil polis memberi keterangan semalam bagi membantu siasatan.

Selain itu, selebriti wanita bersama suaminya turut dipanggil polis bagi dirakam percakapan selepas turut hadir pada majlis berbuka puasa itu.

Siasatan dijalankan selepas didapati berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, setakat ini tujuh orang sudah dipanggil terdiri penganjur, wakil hotel, selebriti dan suaminya.

Menurutnya, hari ini pihaknya akan memanggil lima lagi individu terdiri daripada selebriti dan pasangan serta adik salah seorang selebriti yang turut hadir majlis itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan selepas penularan gambar menunjukkan majlis berbuka berlangsung dengan kehadiran yang ramai tanpa ada penjarakan fizikal.


“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan selesai dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini 

Mohamad Zainal berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang diadakan di sebuah hotel, di sini, 29 April lalu yang turut dihadiri beberapa artis. – myMetro Online

Kategori