Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keluarga ‘Abang Bas’ Mahu...

Muar: Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti, yang...

UUM Sasar Jadi 200...

SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) menyasarkan kedudukan 200 universiti terbaik di dunia...

Sumber Air: 27 Juta...

LONDON - Hampir 27 juta penduduk di negara yang dilanda kebuluran seperti Nigeria,...

Kerajaan Ambil Berat Keperluan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa...

Majoriti Rakyat Masih Patuh SOP

SHAH ALAM – Tular di media sosial kebelakangan ini mengenai gambar dan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh pelbagai pihak, hingga mencetuskan kemarahan orang ramai lebih-lebih lagi ketika negara masih mencatatkan angka jangkitan COVID-19 yang tinggi.

Namun di sebalik penularan isu itu, majoriti rakyat Malaysia masih kekal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan apatah lagi ia sudah menjadi sebahagian norma baharu kehidupan harian dan dipraktikkan secara meluas di seluruh negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lepas.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad, berkata perkara itu terbukti ketika sambutan Hari Raya, baru-baru ini yang menyaksikan majoriti rakyat patuh dengan arahan kerajaan agar tidak mengadakan aktiviti kunjung-mengunjung.

“Namun dari segi penguatkuasaan, perlu ada pemerkasaan oleh pihak berkuasa seperti pihak pengurusan pusat beli-belah yang sepatutnya mengawal jumlah kedatangan pengunjung,” katanya kepada Bernama.

Pakar Kaunseling dan Motivasi bebas Hushim Salleh pula berpendapat, bahawa pelanggaran SOP oleh segelintir rakyat berlaku kerana mereka telah melalui perintah kawalan pergerakan dalam tempoh yang panjang hingga berasa terkongkong.

“Mereka mengalami ‘keletihan pandemik’ hingga mencetuskan kesan psikologi dan emosi yang membawa pada tahap mereka sudah tidak kisah dengan situasi penularan wabak COVID-19 ini.

“Mereka bukan tidak tahu pasal angka jangkitan kes dan nasihat mengenai SOP kerana ia boleh diperoleh daripada telefon pintar masing-masing tapi keadaan sekarang ada kalanya membawa kepada pemikiran yang tidak rasional,” katanya.


Selangor masih mencatatkan kes tertinggi COVID-19 dengan sejumlah 1,650 kes baharu direkodkan semalam (17 Mei).

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, menyifatkan ketidakpatuhan SOP dalam kalangan penduduk di Selangor terutama di Shah Alam menjadi punca peningkatan kes positif COVID-19.

Tinjauan Bernama di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati dekat sini juga mendapati keadaan tidak sesak sebagaimana ditularkan sebelum ini.

Ini susulan kerajaan negeri memasang khemah di luar CAC untuk kemudahan pesakit dan petugas di pusat berkenaan. – BERNAMA

Kategori