Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cedera ‘Dikunyah’ Badak Air

NAIROBI - Seorang nelayan cedera ‘dikunyah’ badak air dalam serangan selama 10 minit...

Tindakan Korea Utara Memburukkan...

JAKARTA - Malaysia menyifatkan Korea Utara sedang melakukan sesuatu yang memburukkan lagi keadaan...

MCA Umum Jeck Seng...

PONTIAN - MCA hari ini mengumumkan Ketua MCA Tanjung Piai Datuk Seri Wee...

Malaysia ‘Lubuk Emas’ Kalangan...

KUALA LUMPUR - Kerancakan pembangunan ekonomi Malaysia ditambah dengan suasana aman serta makmur...

Malaysia Gesa Dunia Tumpu Bantuan Kemanusiaan Di Palestin

KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa dunia menumpukan perhatian kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin susulan gencatan senjata Israel-Hamas pada lewat Khamis.

Mesir bertindak sebagai orang tengah untuk perjanjian gencatan senjata itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi Twitternya pada Jumaat berkata:

“Sekarang kita perlu tumpukan kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin.”

Kabinet Keselamatan Israel pada Khamis bersetuju menghentikan serangan di Semenanjung Gaza yang dikepung dan menerima perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.


Seramai 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 10 Mei lalu.

“Serangan Israel telah menyebabkan ratusan orang terkorban dan ribuan lagi cedera.

“Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa,” tambah Hishammuddin. – BERNAMA

Kategori