Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Kompromi Pihak Buang...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas...

Sukan SEA: Skuad Bola...

KUALA LUMPUR - Di atas kertas, kelebihan nyata berpihak kepada Thailand, Vietnam, Indonesia dan Myanmar untuk memburu kilauan pingat dalam...

Budak Lelaki 12 Tahun...

SEORANG budak lelaki hanya berusia 12 tahun ketika dia mula merogol tiga ahli...

Zulkifli Sebak Baca Surat...

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak autisme bernama Wan Aiman yang sering menjadi perhatian...

Mampukah Malaysia Capai Dasar Teknologi Hijau?

SETIAP hari dalam kehidupan ini kita menggunakan tenaga. Kita guna mesin basuh, menonton televisyen di rumah, menaiki kenderaan ke tempat kerja menggunakan tenaga.

Kita menggunakan komputer dan telefon bimbit, penghawa dingin hatta ‘powerbank’ yang cuma berkapasiti 5,000mAh semuanya melibatkan penggunaan tenaga.

Apabila sesebuah negara semakin pesat membangun dan populasinya meningkat, permintaan terhadap tenaga bertambah tinggi disebabkan gaya hidup manusia yang semakin sofistikated.

Tanpa kita ambil peduli sekitar 80% sumber utama tenaga yang kita gunakan saban hari tersebut adalah daripada gas dan bahan api dan cuma 20% daripadanya adalah tenaga lestari.

Kita menggunakan kira-kira 80% tenaga tidak boleh diperbaharui (NRE) itu tanpa berasa rungsing ia akan kehabisan kerana selagi kita membayar ia terus dibekalkan kepada kita.

Walhal realitinya segala tenaga NRE yang kita gunakan ini diperbuat daripada sumber semulajadi yang lama kelamaan boleh kehausan.

Ia hasil janaan dari sumber kuasa konvensional utama iaitu bahan api fosil seperti minyak mentah, arang batu dan gas asli.

Jangan lupa jumlah penggunaan tenaga per kapita di Malaysia pada tahun 2017 pernah dilaporkan pada paras 2,967.54 kgoe.

Ia lebih tinggi berbanding beberapa negara besar seperti United Kingdom (UK) (2,776.84 kgoe) dan China (2,236.73 kgoe).

Berapa agaknya jumlah penggunaan tenaga per kapita di Malaysia ketika ini?

Keadaan ini juga secara langsung memberi kesan sampingan kepada alam sekitar kerana penggunaan bahan api fosil punca utama pencemaran alam sekitar.

Bahan api jenis ini mempunyai kandungan karbon tinggi yang menyumbang kepada pencemaran udara dan pemanasan global.

Keadaan ini juga menyebabkan Malaysia menanggung kos tinggi atas pergantungan kepada sumber tenaga bahan api fosil diimport.

Sebab itu pada Julai 2009 kerajaan melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) yang berasaskan empat tunggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial.

Dalam aspek tenaga, DTHN mahu mengurangkan penggunaan tenaga dan mempromosikan kecekapan guna tenaga.

Dalam aspek alam sekitar pula, DTHN mahu kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara.

Dalam aspek ekonomi, DTHN mahu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi.


Manakala dalam aspek sosial pula, DTHN dirangka supaya kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan.

Istilah teknologi hijau dalam DTHN antara lain merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria tertentu.

Antaranya meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar.

Menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui.

Sebagai contoh penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga suria, angin, biojisim dan air.

Tenaga alternatif ini mengurangkan kebergantungan terhadap bahan bakar fosil yang terhad.

Pemasangan panel solar rumah mengurangkan jumlah penggunaan bahan api fosil yang diperlukan untuk membekalkan elektrik di rumah.

Sebagai rakyat Malaysia kita wajar bersyukur usaha negara untuk mencapai tahap kelestarian tenaga sentiasa berterusan.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) baru-baru ini dilaporkan dalam peringkat terakhir merangka Dasar Tenaga Nasional Malaysia (DTNM) pula.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan, DTNM akan berfungsi sebagai agenda perancangan serta pembangunan sektor tenaga negara.

Menurut Dato’ Pa, dokumen berkenaan bersama pelan tindakan khasnya akan dilancarkan pada separuh kedua 2021.

“Dalam jangka masa lebih panjang, mempercepatkan peralihan tenaga akan membina laluan kepada ekonomi dan industri fokus terhadap sumber tenaga bersih serta lestari,” katanya.

Ironinya, segala usaha dan dasar negara ini tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan padu anggota masyarakat selaku pengguna utama tenaga.

Apa makna DTHN mahupun DTNM jika mahu tutup lampu bilik air selepas digunakan pun malas? – Mynewshub.TV

Kategori