Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Segera Lapor Jika Berlaku...

KUCHING - Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mahu penduduk di kawasan...

TH Perkenal ‘Wukuf Safari’...

MAKKAH - Buat pertama kalinya Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan program khas 'Wukuf...

Pemuda Maut Motosikal Terbabas

KOTA TINGGI - Seorang pemuda maut apabila motosikalnya terbabas di Jalan Besar Sungai...

Buaya Dilayan Macam Bayi...

JANGAN terkejut, buaya juga boleh menaiki motosikal. Keadaan ini boleh disaksikan di Florida,...

Mayat Wanita Terbakar: Pemandu Lori Didakwa Bunuh

KUALA TERENGGANU – Pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan terbakar di tepi jalan pada 17 April lalu.

Tertuduh, Badrul Hisham Mat Jusoh, 37, dari Bukit Payong, Marang mengangguk faham selepas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Che Janiah Jaafar, 55, di Kilometer 16, Jalan Kelantan, Kampung Padang Air di sini, antara 9.30 malam hingga 7.15 pagi pada 16 dan 17 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Nordiana menetapkan 20 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Media sebelum ini melaporkan seorang tukang sapu menemui mayat tanpa identiti yang terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air. 

Kejadian itu disedari lelaki terbabit ketika mahu memulakan tugasnya di lokasi berkenaan pada 7.15 pagi sebelum ternampak asap di dalam semak berhampiran. – myMetro Online

Kategori