Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Syamel Kena Goda, Bagasi...

REZEKI Syamel di dalam industri hiburan kini semakin bertambah-tambah selepas dua buah lagu...

Dadah Masih Musuh No.1...

KUCHING - Pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah masih menjadi musuh nombor satu negara,...

Ketua Pesuruhjaya SPRM Sahkan...

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan dia menerima saman yang difailkan oleh bekas...

Muktamar PAS Ke-63 Platform...

ALOR SETAR - Muktamar PAS ke-63 yang bakal berlangsung di Kedah pada penghujung...

Nahas LRT: 6 Kritikal, 3 Daripadanya Perlu Bantuan Pernafasan

KUALA LUMPUR – Enam individu yang terbabit dalam nahas tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya di sini, semalam, masih berada kritikal, dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Mereka adalah antara 64 individu terbabit dalam nahas itu, yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, seramai 15 individu dalam keadaan separuh kritikal, manakala 43 lagi tidak kritikal. 

“Terima kasih kepada petugas Jabatan Kecemasan HKL yang bertungkus lumus sehingga jam 1.38 pagi,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Dalam kejadian 8.33 malam tadi, seramai 47 penumpang cedera parah apabila dua LRT, masing-masing dari arah Gombak dan Kelana Jaya, bertembung di antara stesen Kampung Baru dan KLCC.

Annuar turut menzahirkan penghargaan kepada 218 anggota pelbagai pasukan yang terbabit menyelamat mangsa nahas LRT apabila bertindak pantas dan berjaya menyelamat dan membawa semua mangsa ke hospital dalam tempoh sejam.


Beliau juga menggesa orang ramai untuk tidak membuat kesimpulan sendiri dan spekulasi berhubung punca insiden itu yang juga nahas pertama pertembungan LRT di negara ini sejak ia mula beroperasi 23 tahun lalu.

“Jangan buat rumusan sendiri mengenai punca kemalangan LRT malam tadi supaya tidak mengganggu penyiasatan yang sedang di lakukan pihak berwajib, khususnya polis dan Prasarana.

“Segala usaha sedang di buat oleh Prasarana untuk memastikan perkhidmatan LRT pulih,” katanya. – myMetro Online

Kategori