DARI FB NAJIB RAZAK
SAYA sedar notis kebankrapan LHDN terhadap saya sedang ditular.
Entah siapa yang bocorkan notis itu kepada mereka untuk ditularkan.
Memang ada usaha oleh LHDN pada 5 Mei 2021 minggu lepas menggunakan undang-undang “bayar dulu, bincang kemudian” untuk bankrapkan saya dengan segera dengan penalti cukai tambahan 26%+40%+15%+10% berjumlah RM1.7 bilion.
Niat LHDN amat jelas. Bukan nak bincang atau runding dengan saya apa sebenarnya penalti cukai yang wajar atau pungut satu sen dari saya.
Seperti dijelaskan saya, Menteri Kewangan PN pernah arahkan LHDN untuk selesaikan isu cukai ini dengan saya tapi disuruh boss dia untuk lepas tangan dan biarkan boss dia uruskan hal ini.
Perlu ingat bahawa ini adalah penalti cukai yang dikenakan oleh kerajaan PH dan diteruskan oleh kerajaan PN.
Ianya bukan cukai pendapatan biasa yang saya tak pernah tak bayar setiap tahun.
Sehingga hari ini, tiada seorang pun dari PH atau PN yang boleh jelaskan sejak bila dana yang diderma, dana yang dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian, dana yang diperolehi dari luar negara dan dana yang sudah digunakan untuk kerja CSR dan politik boleh dikenakan cukai?
Dan jika duit itu adalah hasil rompakan seperti dituduh geng sebelah sana, kenapa pula LHDN nak cukai duit haram? LHDN tak takut berdosa ambil duit haram ke?
Namun pada hari yang sama iaitu 5 Mei 2021 juga, mahkamah tolah permohonan LHDN untuk bankrapkan saya dan membenarkan saya memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding kebankrapan itu dan mengetepikan notis untuk memufliskan saya dengan undang-undang disalahgunakan.
Geng sebelah sana masih belum berjaya.
“5 Mei 2021: Najib belum muflis”
https://www.utusan.com.my/berita/2021/05/najib-belum-muflis/
https://www.facebook.com/330750857632133/posts/760678577972690/