Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Laporan Bedah Siasat Belum...

KUALA KUBU BHARU: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 10 Disember ini bagi sebutan...

2 Biji Mangga Jepun...

MAHALNYA... Hampir RM15,000 hanya untuk harga dua biji mangga yang dianggap terbaik dan...

560 Bungkus Air Ketum...

KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik! Meskipun sebelum ini pernah dicekup kerana terlibat...

Drone Hantar Kopi Kepada...

SEORANG peminat drone berasal dari Oregon, Amerika Syarikat (AS), menunjukkan keupayaan sebuah drone...

Neelofa, Suami Tak Didakwa Rentas Negeri Keputusan AGC

NILAI – Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kajian dan keterangan yang diperoleh berhubung kes berkenaan.

“Isu rentas negeri membabitkan Neelofa dan suaminya tidak dibawa ke mahkamah selepas mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguam Negara. Kajian dan keputusan itu telah dibuat terlebih dulu berdasarkan keterangan yang ada,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, pasangan terbabit dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa, 32, dan Muhammad Haris atau PU Riz, 26, dituduh gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera di kedai karpet yang dikunjungi mereka di Nilai 3, pada 2 Mei lalu. Muhammad Haris juga menghadapi satu lagi tuduhan, iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam.


Pasangan itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000. Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Peguam mereka, Haresh Mahadevan ketika ditemui media di perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban selepas prosiding itu semalam, menjelaskan bahawa kedua-dua anak guamnya itu hadir atas tuduhan melanggar SOP PKPB dan tidak membabitkan isu rentas negeri atau sebagainya.

Sebelum ini, tular video Neelofa dan suaminya berada di premis terbabit selepas ia dikongsi selebriti itu di Instagram Story miliknya sebelum dipadamkan. – BH Online

Kategori