Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Jangan Terlalu Teruja Tandatangan...

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan digesa supaya tidak terlalu teruja dalam menandatangani sebarang...

Rahsia Surah Al-Fatihah

KUALA LUMPUR - Pendakwah selebriti, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih...

Wisma Putra Arah Duta...

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses...

HSR Ditangguhkan Sehingga Mei...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura hari ini menandatangani Surat Sampingan Projek Rel Berkelajuan...

Pandelela Raih Emas Di Tokyo

KUALA LUMPUR – Penerjun negara Pandelela Rinong memberi khabar gembira apabila menghadiahkan emas dalam acara 10 meter (m) platform individu di Kejohanan Terjun Piala Dunia Fina di Jepun.

Ia adalah emas pertama buat skuad negara dan penerjun itu di kejohanan Piala Dunia, kejohanan terakhir buat atlet memburu tempat ke temasya Olimpik Tokyo.

Pandelela bagaimanapun sudah mengesahkan tempat ke Olimpik dalam acara berkenaan ketika beraksi di Kejohanan Dunia di Gwangju, Korea Selatan tahun lalu dan emas itu dianggap sebagai satu bonus buat dirinya untuk menilai prestasi selepas hampir setahun tanpa sebarang pertandingan.

Lebih manis, pencapaian itu turut menambah koleksi pingatnya dalam kejohanan itu selepas meraih gangsa di Wuhan, China pada 2018. 

Pingat yang dimenangi penerjun kelahiran Sarawak itu juga yang pertama dimenangi skuad terjun negara dalam kejohanan kali ini sekali gus turut menebus kekecewaan Pandelela yang terlepas pingat apabila sekadar menduduki tempat keempat dalam acara 10 m platform seirama wanita bersama Mun Yee, Ahad lalu.

Emas dari Pandelela itu sekali gus memberi gambaran bahawa skuad terjun mampu terus menjadi penyumbang pingat pada temasya Olimpik Tokyo Julai ini.


Pandelela mengumpul 355.70 mata untuk meraih emas menewaskan penerjun Jepun, Matsuri Arai di tempat kedua yang mengumpul 342 mata manakala Caeli Mckay dari Kanada ketiga, 338.55 mata. 

Dia yang meraih pingat gangsa dalam acara yang sama ketika Sukan Olimpik London itu bagaimanapun menduduki tempat keempat selepas terjunan pertama namun bangkit menguasai Pusat Akuatik Jepun selepas terjunan kedua sehingga penamat. 

Manakala harapan seorang lagi penerjun negara, Cheong Jun Hoong untuk menduduki podium tidak kesampaian apabila terkandas di separuh akhir. 

Jun Hoong menamatkan saingan separuh akhir di kedudukan ke-18 selepas sekadar meraih 237.35 mata. – BERNAMA

Kategori