Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

2 Direman Seleweng Peruntukan...

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penjawat awam dan...

34 Pengamal Media Sertai...

KUCHING - Kira-kira 34 pengamal media menyertai Bengkel Laporan Berkesan Mengenai Bencana selama...

Temer Presiden Paling Teruk...

BRASILIA - Hanya dengan tiga peratus undian, Michel Temer disifatkan sebagai presiden paling...

SMART 2 Pelan Bendung...

Kuala Lumpur : Masalah banjir di Selangor memerlukan penyelesaian tuntas selepas kerugian akibat...

Pastikan Rawatan Menyeluruh Untuk Mangsa Kemalangan LRT

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan semua mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru malam tadi diberi rawatan menyeluruh. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata beliau sudah berhubung dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong untuk tindakan susulan untuk mengenal pasti punca kejadian. 

Katanya, beliau juga sudah mengarahkan Syarikat Prasarana Nasional Berhad, sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan, untuk segera menyiasat insiden itu dan mengemukakan laporan terperinci mengenai punca kejadian dan langkah yang perlu diambil untuk memastikan agar ia tidak berulang pada masa hadapan. 

“Terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus dalam kerja-kerja membantu dan menyelamatkan mangsa kemalangan ini.

“Saya doakan agar mereka semua akan segera pulih,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook.


Dalam kejadian 8.33 malam tadi, seramai 47 penumpang cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan itu. 

Ia dipercayai berpunca daripada masalah komunikasi pada sistem kawalan tren berkenaan. – BERNAMA

Kategori