Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

‘Kami Perlu Rancang Strategi...

AHMAD Syukran Aizat berharap dapat merencana strategi yang lebih baik bersama pasukan PETRONAS...

Pondok Telefon Terbiar Ditukar...

TELEDISKO merupakan sebuah kelab malam terkecil diketahui pernah wujud dan mengunjunginya jadi trend...

Bangunan Tinggi Di Changsha,...

BEIJING: Kebakaran besar berlaku membabitkan sebuah bangunan pencakar langit di bandar Changsha, di...

Naik Taraf Lapangan Terbang...

LAHAD DATU - Projek menaik taraf dan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Lahad Datu...

Pasukan Tugas Khas Ditubuh Siasat Pelanggaran Tren LRT

KUALA LUMPUR – Satu pasukan petugas khas ditubuhkan serta merta bagi menyiasat insiden pelanggaran membabitkan perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya, di sini, malam tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Azlan Shah Al Bakri akan menghantar laporan awal insiden ini kepada Kementerian Pengangkutan esok.

“Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat akan hantar laporan awal kepada saya. 

“Dalam tempoh dua minggu kita akan siasat sama ada insiden disebabkan kesilapan sistem atau komunikasi. Kita akan pastikan siasatan dan kenal pasti punca pelanggaran ini.

“Ini adalah kejadian pertama membabitkan pertembungan tren LRT dalam 23 tahun sejarah operasinya,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Ka Siong dimaklumkan, tren kosong daripada arah Kampung Baru ke Gombak bergerak kelajuan 20 kilometer (km) sejam manakala tren yang membawa penumpang dari arah Gombak ke Kelana Jaya bergerak dengan kelajuan 40 km sejam. 

Beliau juga berkata, insiden malam tadi amat serius serta mendukacitakan dan Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama dengan PRASARANA dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam mencari punca sebenar kejadian ini.

“Pada masa ini pihak APAD dan PRASARANA sedang melihat secara terperinci sama ada perkhidmatan LRT ini akan beroperasi seperti biasa semula esok atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, apa yang paling penting adalah memastikan setiap penumpang yang mengalami cedera parah dan kritikal mendapatkan rawatan sewajarnya.

“Kita difahamkan bahawa setiap penumpang juga dilindungi insurans semasa menggunakan perkhidmatan LRT ini dan fokus kita adalah merawat mereka yang cedera.

“Perkara lain sama ada berhubung isu pampasan akan dibincangkan selepas semuanya selesai,” katanya.


Malam tadi, sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah dalam perlanggaran dua tren Transit Aliran Ringan (LRT), masing-masing dari arah Gombak dan Kelana Jaya di sini.

Kedua-dua tren dilaporkan bertembung kira-kira jam 8.45 malam di antara stesen Kampung Baru dan KLCC.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata tren dari Gombak membawa 213 penumpang manakala tren dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang, dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum pertembungan berlaku.

Beliau berkata, 166 penumpang dilaporkan mengalami luka ringan.

“Semua penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 201 Akta Pengangkutan Darat 2010,” katanya malam tadi.

Sementara itu, sebahagian daripada mangsa kemalangan itu dibawa keluar melalui sebuah pusat beli-belah berhampiran.

Sehingga jam 10 malam tadi, puluhan ambulans bergegas ke lokasi bagi membawa mangsa mendapatkan rawatan.

Pihak penyelamat membabitkan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) pegawai perubatan HKL dan pelbagai agensi lain yang berkaitan. – BH Online

Kategori