Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Militan Daesh: Kerajaan Selangor...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi...

Masalah Negara Bukan Diselesai...

KUALA LUMPUR – Permasalahan dihadapi rakyat dan negara hari ini bukan dapat diselesaikan...

Rafizi Kata Trump Punca...

REMBAU - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendedahkan Presiden Amerika...

Perbincangan Bagi Tambah Baik...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan telah melakukan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan...

Pegawai Polis Dikaitkan Geng Nicky Dibebaskan

KUALA LUMPUR – Pegawai penyiasat kanan polis, Asisten Superintendan G S Baldev Singh yang sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee, dibebaskan semalam.

Peguam mewakili Baldev Singh, Gobind Singh Deo, ketika dihubungi berkata, pegawai berusia 36 tahun itu dilepaskan dengan jaminan polis.

“Sehubungan itu, kes menarik balik permohonan habeas corpus (penahanan salah) di Mahkamah Tinggi di sini, ditetapkan pada 11 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, Peguam Persekutuan, Muhammad Safuan Azhar, ketika dihubungi berkata, kes permohonan pada 11 Mei itu akan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

Awal hari ini, kes Baldev Singh ditetapkan untuk pengurusan kes dan penarikan balik permohonan habeas corpus pegawai berkenaan di hadapan Timbalan Pendaftar, Catherine Nicholas.

Baldev Singh memfailkan habeas corpus pada 30 April lalu, dengan menamakan pegawai polis, Superintendan Amran Mohd Jusin dan Ketua Polis Negara sebagai responden pertama serta kedua.

Berdasarkan afidavit sokongan difailkan bersama habeas corpus, Baldev Singh mendakwa ditahan di ibu negara, pada 26 April lalu, untuk siasatan membabitkan kes jenayah mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan dibaca bersama SOSMA.

Baldev Singh mengatakan tidak pernah terbabit dalam kes mengikut seksyen itu dan tahanannya di luar skop serta jangkaan Seksyen 130V Kanun Keseksaan dan SOSMA.

Pegawai polis itu juga memaklumkan penahanannya tidak sah dan bertentangan dengan Artikel 5, 8 dan 21 Perlembagaan Persekutuan.


Semalam, media melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu seorang pegawai polis yang ditahan mengikut SOSMA disyaki mempunyai kaitan dengan Nicky Liow sudah dibebaskan.

Peguam, Sreetheran Vallithan dipetik memaklumkan anak guamnya, Rahmat Fitri Abdullah berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dibebaskan tiga hari lalu.

Sebelum ini, polis dilaporkan menahan 10 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Op Pelican 3.0 Fasa 2 antara 21 hingga 26 April lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dipetik berkata semua penguat kuasa itu dipercayai bersekongkol dengan ‘Geng Nicky’ diberkas sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Media melaporkan kebocoran maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 yang dilaksanakan oleh polis Johor, mengenai serbuan di kawasan Setia Walk, Puchong, menyebabkan suspek utama Nicky Liow, melarikan diri.

Nicky Liow, 33, dipercayai mendapat maklumat mengenai operasi yang bakal dibuat pada 20 Mac lalu itu daripada pegawai dan anggota polis serta agensi penguat kuasa lain yang berada dalam kawalannya, termasuk seorang bekas timbalan pendakwa raya.

Polis mengesyaki sekurang-kurangnya 34 pegawai dan anggota pelbagai agensi penguat kuasa melindungi kegiatan Geng Nicky. – BH Online

Kategori