Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Identiti Juruterbang Jupiter Indonesia...

LANGKAWI - Identiti keempat-keempat juruterbang pasukan Jupiter Aerobatic Team dari Indonesia yang terlibat...

Setiausaha Politik Kit Siang...

SHAH ALAM - Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Syahredzan Johan...

16 Penerima Biasiswa Skim...

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM7.16 juta kepada 16 anak Terengganu...

TV3 Bayar Ganti Rugi...

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) membayar...

Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang Di Peringkat Awal

PUTRAJAYA – Cadangan untuk membangunkan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang masih berada dalam peringkat awal.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menerusi kenyataannya pada Jumaat berkata, sebarang pertimbangan dan keputusan akhir akan diputuskan oleh kabinet.

“Adalah menjadi kebiasaan bagi pasaran untuk mengemukakan kertas cadangan kepada pihak kerajaan melalui kementerian berkaitan bagi mengembangkan aset baharu atau sedia ada,” katanya.

Kementerian itu berkata, Lapangan Terbang Subang telah menjadi kemudahan penting dan pusat bandar utama bagi penduduk Lembah Klang.

“Ia memerlukan perhatian dan pertimbangan baik demi masa depan landskap penerbangan Malaysia yang lebih meluas,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan terdapat entiti swasta yang telah mengusulkan kepada kerajaan untuk mengambil alih dan mengoperasikan Lapangan Terbang Subang. – Sinar Harian

Kategori