PUTRAJAYA – Pemberian dos vaksin COVID-19 harian di negara ini melepasi angka 100,000 semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) yang memuat naik hantaran melalui media sosial, menyatakan seramai 107,340 penerima mendapat dos vaksin masing-masing setakat jam 11.59 malam tadi.
Daripada jumlah itu, seramai 58,084 menerima dos pertama manakala 49,256 menerima dos kedua.
Setakat tengah malam tadi, sebanyak 2,711,421 dos vaksin COVID-19 sudah diberikan kepada penduduk di negara ini, iaitu 1,725,818 dos pertama dan 985,603 dos kedua.
Kuala Lumpur mencatatkan pemberian dos pertama tertinggi dengan 278,893 dos sudah diberikan kepada penerima, diikuti Selangor (233,761), Sarawak (178,597), Johor (151,913), Perak (143,064), Sabah (125,659) dan Kedah (104,087).
Bagi dos kedua, Selangor sudah memberikan 133,422 dos, diikuti Kuala Lumpur (92,351), Sarawak (91,390), Johor (88,129), Perak (86,402), Sabah (78,734) dan Pahang (70,050).
Setakat ini juga, seramai 11,564,724 atau 47.70 daripada populasi senarai sudah mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19, dengan jumlah tertinggi di Selangor iaitu seramai 3,092,149.
Jumlah terkini pemberian vaksin dos 1 dan dos 2.
Daftar untuk vaksinasi sekarang: https://t.co/m1joWOB4OE#LindungDiriLindungSemuapic.twitter.com/7oaZJbRkf. – BH Online