Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keluarga Nora Anne Ucap...

SEREMBAN - Keluarga gadis Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 menzahirkan ucapan terima kasih...

Nilai Semula Diri Untuk...

PUTRAJAYA - Masyarakat disaran bermuhasabah diri dengan menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai titik...

BN Tak Tipu Rakyat...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak pernah menipu rakyat dalam menyediakan projek...

Emas Pertama Acara Terjun...

IPOH – Emas pertama acara terjun Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang membuka tirai...

Penulis Manifesto Bukan Kitab Suci Kata: Najib Tiada ‘Moral Standing’

DARI FB NAJIB RAZAK

Penulis manifesto bukan kitab sucu kata: “Najib tiada ‘moral standing’.”

Bukan Najib yang tulis buku manifesto PH bukan kitab suci untuk tipu undi dan kencing Rakyat. Siapa dia?

Bukan Najib yang dituduh oleh salah seorang partner dia dalam video Sandakan. Siapa dia?

Bukan Najib yang umum secara awam bahawa PAS adalah Parti Ajaran Sesat lalu bergantung nyawa pada PAS hari ini untuk kekalkan kuasa, Siapa dia?

Bukan Najib yang turun jalanraya untuk tipu Rakyat bahawa GST patut dimansuhkan untuk turunkan harga barang tetapi sekarang mahu laksanakan semula GST. Siapa dia?

Bukan Najib yang dituduh dalam akuan berjanji mahkamah bahawa dia main bini orang lain dan sehingga kini tidak berani nafi. Siapa dia?

Bukan Najib atau parti Najib yang berpakat dan berpeluk-peluk dengan parti DAP dan parti Anwar selama 5 tahun lalu tuduh Najib dan parti Najib mahu berpakat dengan parti DAP dan parti Anwar. Siapa dia?

Bukan Najib yang tuduh kerajaan PH patut ditumbangkan sebab telah merosakkan ekonomi lalu lantik menteri ekonomi yang “rosakkan” ekonomi masa PH untuk menjadi menteri kanan paling kanan kerajaan PN bagi sektor ekonomi. Siapa dia?

Najib juga yang difitnah rompak RM42 bilion tapi akhirnya dihukum penjara 12 tahun sebab ianya bukan hak Najib untuk sedekah RM42 juta sebab Najib.

Najib juga yang terima sekurang-kurangnya RM642 juta dari Kementerian Kewangan Arab Saudi terus ke dalam akaun atas nama saya tetapi digunakan sepenuhnya untuk membantu Rakyat termasuk memberi kepada semua masjid dalam negara serta membantu mangsa-mangsa banjir selama 4 tahun tanpa satu sen digunakan untuk peribadi Najib walaupun duit itu diberi Raja Saudi untuk Najib guna sesuka hati.

Pemimpin lain mana yang “bermoral” yang sudi buat begini?

Najib juga yang satu-satunya PM di mana tiada seorang anak dia memiliki syarikat tersenarai sebab tidak mahu terkait dalam kronisme dan nepotisme. Anak-anak PM4/7, PM5 dan PM8 semau ada.


Itu dikira Najib tiada moral ke?

Penulis manifesto bukan kitab sucu kata: “Sekarang ini banyak betul pandangan beliau mengenai apa patut kerajaan lakukan tetapi saya rasa Najib tidak mempunyai ‘moral standing‘ untuk berbuat demikian.”

Pada awal pandemik, Najib juga yang paling awal saran kerajaan PH untuk segera sekat pelawat China pada ketika tiada seorang ahli politik lain bising tentang perkara ini.

Pada awal pentadbiran kerajaan PN, Najib juga yang saran naikkan bantuan cash kepada Rakyat, beri moratorium pinjaman dan pengeluaran dari akaun 2 KWSP semasa Rakyat menghadapi PKP 1.0.

Masa itu juga, Najib yang suruh kerajaan letakkan harga lantai (harga minimum) bagi harga minyak antara RM1.50 hingga RM1.80 agar inflasi tidak akan mencanak naik dan mencetuskan inflasi tinggi apabila harga minyak dunia memulih.

Tapi tidak didengar kerajaan dan akhirnya Rakyat menghadapi inflasi tinggi pada ketika ekonomi masih lemah setahun kemudian.

Najib juga yang tuntut dalam parlimen serta dalam FaceBook secara berturut-turut untuk beberapa hari pada awal bulan Julai bahawa langkah kerajaan untuk jimat sedikit kos dengan tukar kuarantin wajib di pusat kuarantin kerajaan ke kuarantin kendiri dalam rumah bagi pelawat asing akan mengundang PKP musim kedua. Tiada seorang lain dari kerajaan atau PH yang kisah perkara ini.

Lalu dimansuhkan kuarantin kendiri juga kerajaan PN tapi sudah terlambat setelah pelawat dari India langgar kuarantin kendiri dan membawa masuk varian baru Covid yang mencetuskan beberapa kluster baru di Kedah dan negeri-negeri utara termasuk kluster Sivagangga dan kluster penjara Alor Setar yang kemudiannya menular ke seluruh negara melalui pemindahan banduan.

Najib juga yang suruh sekat rentas negeri awal-awal pada permulaan bulan Oktober untuk elak Covid dari Sabah menular ke semenanjung tapi tidak didengar kerajaan dan gelombang ketiga tercetus hingga sekarang.

Najib juga yang cadang dan tegas untuk tuntut pengeluaran one-off tanpa syarat dari akaun 1 KWSP.

Kategori