Dari Facebook Najib Razak
SAYA sedia disiasat di bawah Ordinan Darurat berita palsu dengan denda RM100k sekiranya senarai ini tidak sahih sebab saya dapatnya dari sumber rasmi kerajaan.
Ianya memang hak kerajaan untuk meminjam RM115.53 bilion sejak permulaan tahun 2021 ke 22 Mei ini untuk berbelanja sesuka hati selepas Akta Kewangan yang mengawal dan memantau perbelanjaan kerajaan digantung melalui satu lagi Ordinan Darurat.
Namun, perlu ingat bahawa ini adalah dana tambahan selain dari hasil kerajaan yang biasa dikutip.
Tapi ianya juga hak untuk Rakyat dan wakil Rakyat bertanya kenapa bantuan PKP 2.0 dan PKP 3.0 tahun ini yang sewajarnya yang dinanti-nantikan tidak disegerakan sekiranya dana sebesar RM115.53 bilion telah diperolehi?
Gunakanlah dana tambahan amat besar ini untuk bantu Rakyat dan buat lockdown paling ketat untuk 21 hari untuk putuskan rantaian Covid.
Ataupun dana tersebut kebanyakan telah dihabiskan untuk lagi banyak projek-projek bermanfaat seperti projek 3 dewan bernilai RM35 juta?