Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Presiden Yaman Maut...

BEKAS presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh disahkan terbunuh akibat serangan pemberontak tempatan, Houthi...

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori...

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr....

Eina Azman Beli Makanan...

BAGI sesiapa yang follow akaun Instagram Datin Eina Azman pasti mengetahui yang baru-baru...

Ribut Petir Dijangka Berterusan...

KUALA LUMPUR - Ribut petir di perairan Johor Barat, Rejang, Sarawak, Labuan, Tawau...

PRN Bukan Keutamaan Buat Masa Ini – Abang Johari

KUCHING – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak menjadi keutamaan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) buat masa ini dan ia memberi tumpuan kepada usaha untuk mengekang Covid-19 yang masih menjadi ancaman.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, keutamaan diberi untuk membendung Covid-19 memandangkan penyakit itu telah mengorbankan banyak nyawa di Sarawak dan ‘harga setiap nyawa tidak dapat dinilai.’

“Kerajaan GPS memberi keutamaan kepada usaha untuk memerangi Covid-19. Perkara-perkara lain seperti pilihan raya negeri dikemudiankan sehingga keadaan mengizinkan,” kata beliau dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut esok.

Menurutnya, peningkatan kes penyakit itu sejak kebelakangan ini membimbangkan dengan Sarawak menjadi antara negeri teratas dari segi jumlah kes harian mengatasi negeri-negeri lain untuk beberapa minggu.

“Keadaan yang agak terkawal sebelum ini dengan jumlah kes berada pada tahap dua angka bertukar menjadi keadaan yang mendatangkan keresahan kepada kita. SDMC (Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak) telah menerima kritikan awam,” katanya.

Namun Abang Johari yakin kritikan itu tidak akan mematahkan semangat ahli jawatankuasa berkenaan untuk terus melakukan yang terbaik untuk mengekang penularan Covid-19 dengan mengambil kira data dan faktor yang berkaitan.

Menurutnya, JPBN telah mengambil langkah untuk meneruskan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di tempat-tempat berlakunya kes-kes jangkitan, sejajar dengan dasar ‘Jejak, Uji, Kuarantin, Sisih’ yang didapati lebih praktikal.


Kerajaan Sarawak juga, kata beliau, terus berusaha untuk mendapatkan bekalan vaksin mencukupi, termasuk melalui perundingan dan pemerolehan sendiri daripada pembekal dalam usahanya untuk menyelesaikan program imunisasi di negeri ini menjelang Ogos depan.

“Di samping itu, kerajaan negeri juga perlu mendapat kebenaran kerajaan Persekutuan untuk mewartakan hospital-hospital swasta sebagai pusat pemberian vaksin untuk mempercepatkan proses imunisasi khususnya di kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata, Aidilfitri tahun ini menjadi sambutan kali kedua dirayakan dalam keadaan yang terhad dari banyak segi, namun beliau percaya kekangan yang terpaksa ditempuhi tidak akan melemahkan iltizam umat Islam di negeri ini.

“Kita faham, hasrat dan rasa hati untuk meraikan kemenangan (selepas sebulan menunaikan ibadah puasa) ini bersama ahli keluarga dan sahabat handai, namun dalam keadaan penularan wabak ini, ajaran agama mengajak kita agar memberi keutamaan kepada keselamatan nyawa dan kesihatan tubuh badan,” katanya. – BERNAMA

Kategori