Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini...

259 Pelajar Sekolah Di...

KOTA BHARU - Seramai 259 atau 56 peratus daripada 464 individu yang dikesan...

Singapura Kurangkan Tol Jika...

SINGAPURA - Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura menegaskan jika Malaysia mengurangkan kadar...

Jangan Terpengaruh Viral Perjawatan...

DUNGUN - Rakyat Terengganu diminta tidak terpedaya dengan iklan perjawatan pasukan polis seperti...

Rakyat Palestin Sujud Syukur, Takbir Rai Gencatan Senjata

GAZA – Rakyat Palestin melakukan sujud syukur di Masjid al-Aqsa dan gema takbir Aidilfitri bagi meraikan kata sepakat antara Israel dan Hamas pada Khamis yang secara rasminya bersetuju mengadakan satu gencatan senjata selepas kedua-dua pihak bertempur lebih 10 hari di Gaza.

Menurut portal berita France 24, kedua-dua pihak mula menamatkan pertempuran pada jam 2 pagi waktu tempatan pada Jumaat.

Menerusi Twitter @JatIkhwan yang sering memuat naik perkembangan terkini di bumi Palestin berkongsi beberapa video menunjukkan rakyat Palestin berpusu-pusu ke Masjid al-Aqsa bagi meraikan gencatan senjata itu di samping percikan bunga api menerangi langit Palestin.

Penduduk Gaza dan tempat lain di Palestin telah keluar ke jalanan bagi meraikan pengakhiran 11 hari perang sejak 10 Mei.

Anak muda dilihat berkumpul di jalan-jalan di Gaza dan Tebing Barat sejak jam 2 pagi untuk meraikan gencatan senjata itu selepas mereka bermandikan darah dan peluru berpandu rejim Zionis.

Mereka juga melaungkan takbir sekali gus menunaikan solat subuh berjemaah secara besar-besaran.

Kelihatan juga seorang wanita memberi manisan istimewa Palestin untuk semua yang hadir ke Masjid al-Aqsa.


Orang awam, doktor dan polis turut meraikan genjatan senjata di seluruh Palestin.

Menurut kenyataan pejabat Presiden Israel, Benjamin Netanyahu, kabinet keselamatannya ‘dengan sebulat suara’ menerima cadangan yang dibuat atas inisiatif Mesir bagi gencatan senjata tanpa syarat.

Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad turut mengesahkan gencatan senjata itu dalam satu kenyataan, dengan memaklumkan ia berkuat kuasa bermula jam 2 pagi hari ini (waktu tempatan).

Menurut Hamas, kekejaman Isarel telah mengorbankan 232 penduduk Palestin, termasuk 65 orang adalah kanak-kanak, 39 orang wanita, 17 warga emas dan mencederakan lebih 1,900 orang manakala 120,000 kehilangan tempat tinggal.

Serangan roket dari Gaza pula mengorbankan 12 nyawa di Israel, termasuk dua kanak-kanak dan seorang askar Israel selain seorang warga India serta dua warga Thailand. – Agensi

Kategori