Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Johan As’ari Tak Nak...

PELAKON Johan As'ari mengakui dirinya tidak mahu terikut-ikut dengan trend artis ketika ini...

Pembinaan Hotel Di Perlis...

KUALA PERLIS - Kerajaan Perlis sedang berusaha keras menarik pelabur untuk membina sekurang-kurangnya...

Kuala Lumpur Dijangka ‘Hidup’...

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur yang menjadi pusat ekonomi dan sosial negara dijangka...

Isu Hutang, Aliran Tunai...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dapat membayar hutang dan menyelesaikan...

Rakyat Tak Dibenarkan Pilih Jenis Vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan tidak membenarkan rakyat di negara ini memilih jenis vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan tersebut dibuat bertujuan mempercepatkan proses pemberian vaksin.

“Memang (sebelum ini) kita berfikir untuk memberi pilihan (jenis vaksin) tetapi buat masa ini kita mengutamakan untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin. Sekiranya diberikan pilihan, ia akan melambatkan (proses vaksinasi).

“Keutamaan sekarang ialah meningkatkan jumlah vaksinasi. Jadi kita akan beri apa yang kita ada,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Ahad.

Pada Khamis, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa orang ramai berkemungkinan boleh memilih untuk menerima vaksin Covid-19 yang dikehendaki menerusi kemudahan yang akan dilaksanakan di aplikasi MySejahtera dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang meneliti perkara tersebut dengan turut melihat kepada penambahbaikan aplikasi itu. – Sinar Harian

Kategori