Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

225 Rakyat Malaysia Tiba...

SERAMAI 225 rakyat Malaysia di Bangladesh selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

“Jangan Gaduh Dengan Wartawan”...

PETALING JAYA - Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihati golongan artis agar tidak bermusuhan dengan...

Putrajaya Lakukan 2 Perkara...

JOHOR BAHRU - Adakah Putrajaya cuba mengambil alih kuasa kerajaan negeri? Itu persoalan ditimbulkan...

Cadangan Mekanisme Harga RON95...

KUALA LUMPUR - Cadangan mekanisme harga baharu bagi RON95 berasaskan kos pengeluaran sebenar...

Rentas Negeri, Daerah Pasangan Jarak Jauh Tak Dibenarkan

PUTRAJAYA – Kerajaan membuat keputusan untuk tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri melibatkan pasangan jarak jauh (PJJ) bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasangan PJJ perlu berkorban untuk dua minggu ini.

“Apa yang perlu hari ini semua rakyat perlu berkorban, ada yang terpaksa menutup perniagaan sementara waktu, ada yang terpaksa menutup kilang mereka sementara waktu untuk dua minggu ini.

“Jadi untuk PJJ perlu berkorban untuk dua minggu ini. Kita telah membuat keputusan iaitu untuk tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri oleh pasangan PJJ,” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Ahad.

Pada 28 Mei lalu, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.

Menurut satu kenyataan, sidang khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.


Sementara itu, Ismail Sabri berkata, dengan pelaksanaan ‘total lockdown’ ini, semua surat perjalanan untuk bekerja yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkuat kuasa sehingga Isnin ini sahaja.

“Ia akan tamat pada Isnin dan kementerian berkaitan akan mengeluarkan surat kebenaran bekerja.

“Kita juga membenarkan rentas negeri yang melibatkan kes-kes kecemasan seperti kematian, keluarga sakit, nazak dan sebagainya. Perkara ini boleh dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jadi ada dua sumber sahaja. Yang pertama kementerian-kementerian berkaitan dengan kerja mereka dan kedua daripada polis. Polis juga masih boleh mengeluarkan surat kebenaran untuk rentas negeri dan daerah,” katanya. – Sinar Harian

Kategori