Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

72 Laporan Polis Isu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 72 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kenyataan calon Parti...

Kualiti Udara Di Kuching,...

KUCHING - Keadaan berjerebu di Kuching, Samarahan dan Sri Aman bertambah serius pagi...

Wenger ‘Malas’ Layan Kecaman...

ARSENE Wenger kini hanya memberi fokus kepada kelayakan Liga Juara-Juara berbanding protes terhadap...

PERDA Bidas Guan Eng...

BUTTERWORTH - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini membidas dakwaan Ketua...

Serangan Israel Perbuatan Biadap, Keji Terhadap Umat Islam

PUTRAJAYA – Malaysia menyifatkan serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza semalam yang mengakibatkan kematian dan kecederaan terhadap rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, sebagai keji dan biadap. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata serangan itu yang dilakukan ketika hari-hari terakhir Ramadan juga tidak menghormati umat Islam seluruh dunia dan secara keseluruhan.

“Malaysia menuntut Israel untuk segera menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin di wilayah yang diduduki termasuk yang berada di Semenanjung Gaza. 

“Kekerasan secara berterusan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, terutamanya pada bulan suci Ramadan, tidak boleh diterima sama sekali dan rejim itu wajib dipertanggungjawabkan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sambil mengecam keras tindakan regim Israel itu, Muhyiddin berkata masyarakat antarabangsa tidak boleh menutup mata, berdiam diri dan tidak menghiraukan kekejaman yang dilakukan oleh rejim itu.

Katanya, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya bertindak tegas dan mendesak Israel menghentikan segera kezaliman terbaharu terhadap rakyat Palestin.

“Masyarakat antarabangsa juga perlu bersama-sama menggembleng usaha bagi melindungi rakyat Palestin daripada tindakan ganas Israel.


“Dalam waktu-waktu sukar ini, Malaysia akan sentiasa memberi sokongan padu dan mengukuhkan solidariti dengan rakyat Palestin.

“Malaysia turut mengulangi pendirian menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat menerusi penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan pra-1997, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin, yang juga satu-satunya penyelesaian terbaik dalam konflik Palestin-Israel,” katanya. 

Perdana Menteri juga berkata serangan kejam, melampau dan keterlaluan Israel itu terang-terangan menyalahi undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata, Malaysia turut mengulangi rasa kesal dengan serangan ganas dan pencerobohan berterusan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin dan umat Islam yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa sejak 7 Mei lalu serta pengusiran rakyat Palestin yang tinggal di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur. – BH Online

Kategori