Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Propaganda Rafizi Jejaskan Pendeposit...

KUALA LUMPUR - Perbuatan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menyebarkan...

Kes KBS: Othman Ubah...

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa bekas pegawai kanan Kementerian...

KPM Aktifkan Bilik Gerakan...

KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan mengaktifkan bilik gerakan kecemasan sejak dua hari lepas...

4 Terbunuh Serangan Dalam...

SAO PAULO - Sekurang-kurangnya empat jemaah sebuah gereja terbunuh selepas seorang lelaki bersenjata...

Syarikat Perkapalan Saman Ayob Khan, Tuntut Ganti Rugi RM123 Juta

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat perkapalan yang beralamat di Cook Islands menuntut ganti rugi berjumlah USD30 juta (RM123 juta) pada Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menerusi notis tuntutan bertarikh 27 April yang dilihat Mynewshub, Blue Ocean Shipping Limited membuat tuntutan itu berikutan penahanan kapal kargo MV CHITA 2 pada 9 Mac lalu.

Tuntutan difailkan menerusi firma guaman Vasudevan A and Co.

“Kami telah diarahkan oleh anakguam kami bahawa pihak Pasukan Polis Marin Negeri Johor dari Polis Diraja Malaysia telah menyerbu Kapal Kargo MV CHITA 2 milik anakguam kami yang mana pada ketika itu kapal tersebut sedang dalam perjalanan dari Pulau Batam, Indonesia ke Yangon, Myanmar di Perairan Antarabangsa pada 9 Mac selanjutnya telah menahan secara paksa dan menggunakan kekerasan ke atas kapal tersebut dan juga terhadap anak-anak kapal yang bertugas di atasnya.

“Kami juga telah diarahkan oleh anakguam kami bahawa pihak Dato’ juga telah merampas secara salah kargo-kargo di dalam iaitu rokok-rokok yang telah dibawa untuk penghantaran bagi pelanggan anakguam kami di Emeriah Arab Bersatu.

“Kami telah diarahkan oleh anakguam kami bahawa destinasi bagi kargo-kargo yang dibawa di dalam Kapal tersebut adalah bagi penghantaran ke Yangon di Myanmar dari Pulau Batam, Indonesia dan bukan untuk penghantaran ke Malaysia atau ke negeri Johor seperti yang telah dilaporkan oleh pihak Dato’ dalam media akhbar yang mana pihak kami menafikan sekeras-kerasnya,” katanya.

Syarikat Blue Ocean membuat empat tuntutan dalam tempoh 14 hari dari notis tersebut dikeluarkan iaitu pelepasan dan pemulangan kapal tersebut, pembebasan dan pemulangan anak-anak kapal dan pemulangan semula kargo-kargo yang dirampas.


“Dan ganti rugi sebanyak USD30,000,000 dibayar kepada anakguam kami,” katanya.

Sekiranya gagal dipenuhi dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan guaman akan dimulakan ke atas Ayob Khan.

Pihak berkenaan juga merancang untuk membuat aduan di International Court of Justice (ICJ) di The Hague, Belanda.

Menurut laporan media sebelum ini, pada 10 Mac lalu, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dilaporkan merampas rokok seludup terbesar dalam sejarah negara selepas menahan sebuah kapal kargo di perairan Pantai Barat berhampiran Pulau Kukup, pada 8 Mac.

Kapal kargo yang dilaporkan berdaftar di Mongolia itu dikesan berulang-alik dari perairan Batam ke Perak sebanyak dua kali sejak Februari lalu. – Mynewshub.TV

Kategori