KUALA LUMPUR – Tawaran dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma kepada kerajaan Pulau Pinang adalah palsu, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.Â
Khairy berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati syarikat yang membuat tawaran berkenaan Xintai Development Enteprise Ltd yang berpangkalan di Hong Kong, tidak wujud.
“Kita sudah melaksanakan carian syarikat dan mendapati syarikat ini tidak wujud di Hong Kong, kita juga buat pemeriksaan dengan Pengeluar Sinovac dan mendapati tidak pernah wujud urusan.
“Syarikat ini tidak wujud, …jadi apa yang ditunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai tawaran dua juta dos vaksin ini adalah palsu.
“Jadi bagaimana kerajaan Pulau Pinang boleh menggunakan surat (scam) palsu untuk menuduh kerajaan Pusat menghalang pemberian vaksin ini? Syarikat ini tidak wujud dan surat itu palsu. Saya akan minta Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk membuat laporan polis,” katanya dalam sidang media secara maya berhubung Sumbangan Bekalan Vaksin kepada Pulau Pinang, hari ini. – BH Online