Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Video Ustaz Meninggal Dunia...

SUBHANALLAH... pastinya seluruh umat Islam mencemburui empunya nama ustaz Jaa'far Abdurrahman ini. Jaa'far yang...

Polis Cari Waris Lelaki...

CAMERON HIGHLANDS - Polis sedang mencari anggota keluarga seorang lelaki yang ditemui mati...

Video: Pelajar UPNM Diikat...

RAKAMAN video pelajar lelaki yang dibuli dan diperlakukan seperti binatang oleh beberapa individu...

Nafi Sumpah Anak Ifa,...

TULAR menerusi media sosial baru-baru ini mengenai selebriti, Ifa Raziah yang tidak dapat...

Unit Bergerak Vaksinasi Ke Lokaliti

PUTRAJAYA – Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) diberi kebebasan menggunakan apa juga cara bagi memastikan penduduk di kawasan dan negeri masing-masing mendapat vaksinasi COVID-19.

Ia adalah antara inisiatif kerajaan dalam memastikan penduduk di negara ini mendapat vaksinasi terhadap wabak berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memutuskan untuk memperkasakan PKD dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi melaksanakan inisiatif berkenaan, termasuk mewujudkan unit bergerak yang boleh terus ke lokaliti.

“Sebagai contoh, beberapa hari lalu Jabatan Kesihatan Terengganu meminta kebenaran CITF melaksanakan unit bergerak untuk ke kampung dan memberi vaksinasi rumah ke rumah.

“Ini berjaya dilaksanakan dan kita beri kebebasan kepada negeri dan daerah untuk mengatasi masalah ini.


“Jika mereka enggan keluar rumah, kita akan menggunakan unit bergerak untuk pergi kepada mereka,” katanya pada sidang media CITF secara maya, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. – BH Online

Kategori