Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kadar Rt Covid-19 Catat...

KUALA LUMPUR - Trend peningkatan kes harian Covid-19 di negara ini sejak sembilan...

Jepun Sedia Masjid Bergerak...

UNIK... Menjelang Sukan Olimpik 2020 di Jepun, negara maju di Asia itu selaku...

Ada Niat Jahat Ganggu...

KUALA LUMPUR- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian yang...

Guru Malaysia Tersenarai 10...

KUALA LUMPUR - "Saya membuktikan guru Malaysia setanding dengan guru seluruh dunia untuk...

1.8 Juta Orang Sudah Lengkap 2 Dos Vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Kadar pemberian suntikan vaksin COVID-19 di seluruh negara terus meningkat dengan 252,773 dos semalam, tertinggi direkodkan semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam ialah 6,554,500 dos.

“Jumlah pemberian vaksin setakat semalam ialah 6,554,500 dos. Sebanyak 252,773 individu menerima vaksin semalam. Jumlah penerima dos pertama ialah 4,749,133 orang.

“Daripada jumlah itu, 1,805,367 orang juga terima dos kedua,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Adham turut berkongsi perangkaan kumulatif dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang menunjukkan jumlah harian vaksinasi mengikut negeri.

Secara keseluruhannya, Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak antara negeri mencatatkan angka harian tertinggi suntikan dos pertama, melepasi 700,000 penerima.


Semalam, Kuala Lumpur merekodkan pemberian vaksinasi tertinggi iaitu 825,010 suntikan untuk dos pertama manakala dos kedua 157,393.

Ia diikuti Sarawak, 775,906 suntikan dos pertama dan 189,280 suntikan dos kedua, manakala Selangor mencatatkan 731,294 suntikan (dos pertama) dan 237, 662 (dos kedua).

Sehingga semalam, peratus keseluruhan penduduk di negara ini yang lengkap divaksin turut merekodkan peningkatan kepada 5.5 peratus berbanding kelmarin, 5.3 peratus.

Terdapat tiga negeri merekodkan peningkatan peratusan vaksinasi lengkap melebihi 10 peratus, masing-masing Putrajaya dengan 20.9 peratus, Labuan (13.81 peratus) dan Perlis (13.1 peratus). – BH Online

Kategori