Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pasangan Tanpa Malu Berselingkuh...

KALAU sudah hilang maruah diri, inilah yang berlaku. Sepasang kekasih dengan selamba melakukan...

Video Berani Mati Mandi...

Memang berani mati pemuda dalam video ni..Mana taknya, dia sanggup mandi bersama-sama ular...

Adik Mangsa Tak Sangka...

KUALA TERENGGANU - "Saya tidak sangka bakal suami saya yang selama ini berperwatakan...

Rody Kristal Nikahi Atlet...

NAMPAKNYA bulan April menjadi pilihan untuk selebriti di Malaysia untuk menuju ke gerbang...

18 Peratus Rakyat Malaysia Bakal Terima Vaksin Sinovac

KUALA LUMPUR – Kira-kira 18 peratus penduduk Malaysia akan memperoleh manfaat daripada vaksin Sinovac Covid-19 yang sudah mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

“Pengiktirafan di peringkat global ini meningkatkan keyakinan kita kerana sebanyak 12 juta bekalan vaksin Sinovac akan memastikan bahawa 18 peratus penduduk kita mendapat manfaat daripada vaksin ini. 

“Vaksin Sinovac kini sudah mendapat kelulusan WHO. Ia selamat dan berkesan,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Semalam, Penolong Ketua Pengarah WHO bagi Akses Produk Kesihatan, Dr Mariangela Simao berkata badan dunia itu, mengesahkan penggunaan vaksin Sinovac Covid-19 untuk kecemasan dengan memberi jaminan kepada negara, penyumbang dana, agensi pemerolehan dan masyarakat mengenai jaminan bahawa vaksin berkenaan menepati standard antarabangsa dalam aspek keselamatan, keberkesanan dan pembuatan.

WHO, menerusi Penyenaraian Pengunaan Kecemasan (EUL), menetapkan mekanisme prasyarat untuk pembekal dan pemerolehan antarabangsa bagi Vaksin fasiliti COVAX, yang membenarkan sesebuah negara mempercepat kelulusan peraturan mereka sendiri untuk mengimport dan memberikan vaksin Covid-19. – BERNAMA

Kategori