Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Rafidah Jangka Industri Penerbangan...

KUALA LUMPUR – Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz optimis kerajaan baharu...

Kenduri Gajah Jadi Tumpuan

TEMERLOH - Lukimala dan Eli antara dua gajah yang menarik perhatian pengunjung sempena...

Rabies: Ketiga-Tiga Mangsa Masih...

KUCHING – Ketiga-tiga kanak-kanak yang dijangkiti virus Rabies atau penyakit anjing gila masih...

BN Sarawak Lancarkan Manifesto...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini...

3 Rakyat Malaysia Terima Anugerah Diana 2021

KUALA LUMPUR – Tiga anak muda Malaysia membanggakan negara apabila menjadi antara lebih 300 penerima Anugerah Diana 2021 berpangkalan di United Kingdom (UK), yang menghargai pembabitan serta sumbangan mereka dalam kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan. 

Mereka ialah Mogesh Sababathy, 23; Yi Kang Choo, 22 dan Sahana Kaur, 16, yang menerima pengiktirafan tersebut dalam satu majlis secara maya malam tadi.

Diwujudkan bagi memperingati Princes of Wales, Puteri Diana, anugerah itu diberikan oleh badan amal Diana Award kepada generasi muda berusia sembilan hingga 25 tahun yang mencurahkan bakti untuk mewujudkan dan mengekalkan perubahan positif selain mengiktiraf kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dilakukan mereka.

Menurut laman web diana-award.org.uk/roll-of-honour-2021/, Sahana Kaur, penuntut Garden International School, Kuala Lumpur yang memegang beberapa beberapa jawatan seperti Pengerusi Jawatankuasa Belia Amnesty International Malaysia, mahu penggubal dasar mendengar pandangan generasi muda.

Remaja itu antara lain membantu cawangan Amnesty tempatan mengumpulkan 2,000 poskad petisyen untuk ‘Write for Rights’ – kempen pada tahun lalu membawa kepada pembebasan Magai Matiop, 19, daripada hukuman mati, selain turut bercakap tentang aktiviti belia di acara-acara bersekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sementara itu, kecintaan Mogesh terhadap lautan mencetuskan ‘Project Ocean Hope’ yang diasaskannya secara bersama pada 2017, mengetengahkan keperluan kepada usaha pemuliharaan marin.

Pemuda itu juga menganjurkan forum pengurusan sisa buangan pada 2018, sebelum membawa Project Ocean Hope ke sekolah, dan tahun ini sahaja beliau sudah melawat 10 sekolah.


Sejak itu juga, Mogesh dan pasukan Project Ocean Hope sudah menganjurkan satu siri webinar berkaitan kesedaran tentang lautan yang disertai lebih 10,000 individu dari 15 negara. 

Kang Choo pula melancarkan ‘Welfare Taskforce for Malaysian Students Abroad’ (Pasukan Petugas Khas bagi Pelajar Malaysia di Luar Negara), yang menjadi platform untuk beliau menyalurkan sokongan kepada pelajar yang tidak dapat pulang ke tanah air disebabkan pandemik COVID-19, atau mengalami masalah kesihatan mental akibat keterasingan di bumi asing.

“Kang Choo juga adalah kauselor sukarela terlatih Persatuan Kebangsaan bagi Pencegahan Penganiayaan Kanak-Kanak (NSPCC), yang mana Choo menyokong golongan muda di UK dalam pelbagai isu penting termasuk buli, dera, mencederakan diri sendiri serta hubungan keluarga,” demikian menurut laman web itu. 

Pada majlis itu, Duke of Sussex, Putera Harry menzahirkan rasa bangga terhadap semua penerima.

“Mendiang bonda kami percaya orang muda mempunyai kuasa untuk mengubah dunia dan yakin dengan kemampuan anda,” katanya. – BERNAMA

Kategori