Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ajal Pengurus MyCEB Dalam...

PENGURUS Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, Biro Pameran & Konvesyen Malaysia (MyCEB), Manisa Mohamed...

PAS Kembali Dalam Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Politik negara sekali lagi melakar sejarah baharu apabila barisan jemaah...

7 Beranak Rentung Dalam...

BEAUFORT - Tujuh sekeluarga rentung selepas rumah kayu didiami mereka musnah dalam kebakaran...

Rita Rudaini Pentingkan Gandingan...

MUNGKIN bagi sesetengah pelakon berpendapat menjadi teraju utama dalam sesebuah drama atau filem...

4 Vaksin China Lulus Untuk Eksport

BEIJING – China mengumumkan senarai kemas kini empat vaksin yang mendapat kelulusan untuk dieksport termasuk buatan China National Pharmaceutical Group Beijing (Sinopharm Beijing), Sinovac Biotech (SVA), CanSino Biologics dan China National Pharmaceutical Group Wuhan (Sinopharm Wuhan).

Daripada semua vaksin berkenaan, dua daripadanya iaitu Sinopharm Beijing dan SVA telah disenaraikan sebagai vaksin penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam senarai kemas kini pada Selasa, turut dimaklumkan semua vaksin itu telah disuntik secara besar-besaran di negara itu, serta mendapat kelulusan untuk digunakan di lebih 100 negara dunia.

Menurut Ketua Jabatan Perdagangan Luar, Kementerian Perdagangan China, Li Xingqian, senarai itu menunjukkan hasrat China untuk menjadikan vaksin sebagai produk kesihatan awam global, selain memperkukuh kerjasama antarabangsa melawan wabak.

“China menyokong semua syarikat berkenaan untuk meningkatkan bekalan vaksin untuk eksport agar pelbagai negara khususnya negara membangun dapat dibantu dalam memperoleh vaksin.

“Kami juga akan terus menghulurkan bantuan kepada pelbagai negara yang berhasrat untuk membeli vaksin buatan China,” katanya sambil menambah negara itu akan terus membantu syarikat vaksin China untuk merapatkan kerjasama dengan WHO untuk melaksanakan pelan COVAX, serta menjalankan kerjasama penyelidikan dan pengeluaran vaksin dengan negara luar. – BERNAMA

Kategori