PUTRAJAYA – Sebanyak 7,748 kes positif baharu COVID-19, direkodkan setakat tengah hari tadi.
Peningkatan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dilaporkan di negara ini mencecah 603,122 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor mencatatkan sebanyak 2,612 hari ini, menjadikan jumlah kes di negeri itu setakat ini sebanyak 197,459.
Katanya, Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 851 kes baharu, disusuli Sarawak (706) dan Johor (446). – myMetro Online