Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

TPM Puji Kecekapan JKN,...

BEAUFORT - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji kecekapan Jawatankuasa...

Pusat Internet Komuniti Pilihan...

IPOH - Pusat Internet Komuniti (PIK) Malaysia, merupakan alternatif bukan sahaja kepada ibu...

Miley Cyrus Cetus Kontroversi...

NAMPAKNYA tiada apa lagi yang 'tersembunyi' dalam kamus hidup penyanyi penuh kontroversi, Miley Cyrus.Buat...

Desak Guan Eng Dedah...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta mendedahkan surat...

Agong Wajar Bertindak Atas Nasihat PM, Kabinet

KUALA LUMPUR – Peruntukan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata perkara itu bertepatan dengan prinsip Raja Berperlembagaan.

“Semua pihak termasuk Raja-Raja Melayu dan rakyat perlu patuh serta menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau sependapat dengan pandangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu A Aziz, berhubung perkara itu.

Apandi berkata, tugasan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong jelas dinyatakan dalam Sumpah Jawatan seperti tercatat dalam Jadual ke-4, Perlembagaan Persekutuan.

“Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan tugas, berhak untuk mendapat pandangan serta penjelasan daripada pihak yang baginda fikirkan sesuai.


“Justeru, kerana itulah ditubuhkan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria,” katanya.

Abdul Hamid dan Shamrahayu antara lain berpandangan, wujud sebab mengapa Yang di-Pertuan Agong perlu mendengar nasihat Perdana Menteri dan Kabinet seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Mereka berkata, pelanggaran peruntukan tertentu akan memberi kesan kepada baginda sendiri kerana Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet termasuk menteri-menteri, seperti mana peruntukan Perkara 40(1) & (2) Perlembagaan. – BH Online

Kategori