Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Peruntukan RM12 Juta Untuk...

KUCHING - Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sejumlah RM12 juta menerusi program Dana Tambahan...

Guru Kerugian RM78,000 Diperdaya...

ALOR GAJAH: Seorang guru wanita kerugian RM78,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan...

Isu Tanah Ijok: Azmin...

KUALA SELANGOR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini...

SPRM Sahkan Terima Laporan...

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima laporan...

Ahli Parlimen BN Perlu Fokus 4 Isu Jika Parlimen Bersidang

KUALA LUMPUR – Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu menjadikan empat isu utama sebagai fokus perbahasan di Dewan Rakyat apabila Parlimen kembali bersidang tidak lagi.

Pengerusi Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata empat isu berkenaan adalah membabitkan bantuan kepada rakyat yang berdepan kesukaran susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bagi mengekang penularan COVID-19.

Ketua Pemuda UMNO itu memaklumkan sudah menyuarakan gesaan berkenaan kepada Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Mewakili Pemuda BN dan UMNO, saya sudah suarakan kepada Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN untuk Ahli Parlimen BN fokus empat isu utama apabila Parlimen bersidang.

“Pertama membabitkan moratorium automatik tanpa caj atau faedah tambahan secara pukal, termasuk untuk golongan M40, B40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Kedua adalah tambahan bantuan khas kepada rakyat yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ketiga membabitkan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.

“Keempat berkenaan intervensi atau diskaun ke atas pembayaran asas seperti bil internet dan elektrik serta pembelian keperluan asas dan barangan makanan mereka yang terpaksa kekal di rumah akibat PKP berpanjangan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.


Asyraf Wajdi turut menggesa kerajaan untuk akur dengan saranan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk segera melaksanakan persidangan Parlimen demi kepentingan rakyat.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehkan pelan pemulihan negara dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahaskan Ahli Dewan Rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dilaporkan berkata, pandangan baginda dibuat selepas memperhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat pakar daripada pelbagai agensi kerajaan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pula dilaporkan berkata, Raja-Raja Melayu antara lain sependapat bahawa tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan. – BH Online

Kategori