Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lapik Kereta Direka Unik...

UNIK... Pernahkah anda terbayangkan lapik getah boleh dijadikan sebagai skirt yang sempurna? Anda...

Gara Gara Aksi Lasak,...

PELAKON Shia LaBeouf kini dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan yang agak serius di...

Imigresen Sah Najib, Rosmah...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Hilang Sabar, Isteri ‘Lelong’...

MUNGKIN kerana terlalu geram dengan perangai suaminya, seorang wanita bertindak melakukan sesuatu yang...

Awasi Agenda Malaysia Tanpa Raja

JANGANLAH cuba mengaitkan atau memalitkan institusi diraja dalam kancah politik haru biru.

Apatah memperlekehkan institusi diraja hanya kerana tidak selari dengan aspirasi politik tertentu.

Institusi diraja tonggak kedaulatan negara. Kedudukannya jauh mengatasi ‘mazhab’ politik.

Institusi diraja bertindak berdasarkan peranannya sebagai pelindung rakyat Malaysia.

Bukan penyedap kepada kemahuan politik yang bertunjangkan kuasa dan jawatan.

Buktinya sudah terserlah beberapa kali. Institusi diraja penyelesaian kepada krisis Perlembagaan.

Penyelesaian penuh bijaksana tanpa bias demi kesejahteraan rakyat dan negara semata-mata.

Kerana itu kewujudan sistem beraja dan kedudukan Raja-Raja Melayu tetap relevan.

Institusi diraja terus relevan sekalipun berlaku perkembangan peredaran zaman.

Perlu selamanya dijunjung segenap lapisan masyarakat demi keutuhan Malaysia.

Raja-Raja Melayu sebagai ketua negara telah melaksanakan fungsi dan peranan secara berkesan.

Tanpa Raja-Raja Melayu mungkin sudah lama negara terjerumus dalam konflik lebih tegang.

Sebab itu mereka yang mempersoalkan kewujudan Raja dan Sultan wajib dianggap penderhaka.

Penderhaka moden yang biadap mahu merealisasikan agenda fahaman mereka.


Mahu mendoktrin Sultan atau Raja yang ada hanya menyusahkan rakyat dan negara.

Menghasut rakyat tentang pesona “republik” iaitu Malaysia sebuah negara tanpa Raja.

Sedangkan Malaysia sebagai negara Islam tetap dan amat memerlukan Raja dan Sultan.

Sebagai payung dan penaung mempertahankan kedudukan umat Islam dan agamanya.

Tanpa menafikan hak kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 153.

Memayungi kedaulatan negara dengan naungan saksama berlandaskan kontrak sosial.

Justeru, pihak berkuasa perlu tegas terhadap unsur-unsur kurang ajar memperlekeh institusi diraja.

Sesiapa yang mempersenda dan mempermainkan institusi beraja jangan diberi muka.

Kenakan tindakan yang sewajarnya dan dijatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Seperti diperkatakan Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin dalam satu kenyataan media semalam.

Raja lambang dan tonggak Negara Malaysia. Pemangkin dan tulang belakang muafakat rakyat.

Tanpa Raja-Raja Melayu maka hilanglah seri negara kita. – Mynewshub.TV

Kategori