Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bon Samurai Banyak Faedah...

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa konon tawaran jaminan penerbitan...

J/kuasa, Pasukan Khas Miliki...

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyerahkan...

Calon PM: Anwar Minta...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan laporan portal berita propembangkang kononnya...

Lelaki Maut Tersepit Dalam...

Georgetown - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabit dalam kemalangan dengan van...

Bakal Haji Dinasihat Sabar Tunggu Pengumuman

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati bakal haji Malaysia agar bersabar menunggu pengumuman rasmi mengenai status ibadah haji tahun ini. 

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata TH akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada semua bakal haji, sebaik memperoleh keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi, meliputi jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji bagi musim ini. 

“Orang ramai dinasihat untuk menunggu maklumat rasmi dari TH dan untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan TH (THCC) di 03-62071919,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

TH sudah memulakan persiapan awal sejak tahun lalu, dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan, serta amalan norma baharu dalam pengendalian operasi haji, sama ada di tanah air mahupun di Tanah Suci termasuk keperluan baharu di mana semua jemaah haji perlu melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Syed Saleh berkata, TH telah menyarankan semua bakal haji yang terpilih pada tahun 2020 untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan mereka mula menerima suntikan vaksin itu di samping suntikan wajib meningococcal sejak Mac lalu.


“Namun begitu, bakal haji masih perlu lulus pemeriksaan kesihatan apabila menerima surat tawaran tunai haji kelak,” tambah beliau. 

Sehubungan itu, beliau menyarankan semua bakal haji untuk membuat persiapan sewajarnya kerana pelaksanaan rukun Islam kelima itu memerlukan persediaan dari aspek ilmu ibadat, kesihatan yang baik, rohani dan jasmani, serta kewangan secukupnya bagi memastikan semua rukun dan wajib haji dapat dilaksanakan dengan sempurna. 

Beliau berkata bakal haji juga perlu bersedia menghadapi kelainan dalam menunaikan haji pada kali ini, disebabkan norma baharu yang akan diamalkan pada musim ini. – BERNAMA

Kategori