Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

113 Pekerja Warga Asing...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur sebuah gudang pasar raya di Jalan...

Pelajar Malaysia Baca Al-Quran...

KUALA LUMPUR - Walaupun insiden tembakan rambang yang mengorbankan 50 nyawa telah berlaku...

“Kerja Dari Rumah, Gaji...

SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia menegaskan bayaran gaji bagi pekerja di kawasan...

120 Sukarelawan KKMM Bertolak...

PUTRAJAYA - Sebanyak 120 sukarelawan dari pelbagai jabatan dan agensi Kementerian Komunikasi dan...

Bantuan RM600 Setiap Pekerja Menerusi Program Subsidi Upah 4.0

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan melalui Program Subsidi Upah (PSU 4.0).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan menampung kos itu selama dua bulan bagi semua sektor dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh Fasa 3 PPN.

“Sejak Program Subsidi Upah atau PSU diperkenalkan, kerajaan sudah pun membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja. 

“Memandangkan respons positif berhubung program ini, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Beliau turut mengumumkan, tiada lagi syarat had gaji ditetapkan dalam PSU 4.0.


“Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000, sukacita saya umumkan bahawa di bawah PSU 4.0, tiada lagi syarat had gaji ditetapkan.

“Ini bermakna, majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000,” katanya. – BH Online

Kategori