Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

5 Pemancing Dikhuatiri Terkandas...

KUANTAN - Lima lelaki dipercayai terkandas di sekitar Lubuk Keliu, Sungai Lembing di...

UMNO Perlu Penyegaran Semula...

KOTA BARU - Proses 'penyegaran semula' Umno menjadi satu aspek penting bagi memastikan...

3 Kampung Di Changkat...

TELUK INTAN - Penat belum habis, banjir lagi. Itulah yang boleh diungkapkan nasib...

Amaran Angin Kencang Dan...

KUALA LUMPUR – Angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 km sejam...

“Berdosa Saya Jika Langgar PAS” – Nik Abduh

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan gambar tular yang mendakwa beliau keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan PAS.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu juga menegaskan, sehingga kini masih bersama PN dan Ahli Parlimen PAS.

“Saya ahli (dalam kerajaan PN) dan Ahli Parlimen PAS. Berdosa saya jika langgar PAS. Besar pahala saya jika istiqamah dengan PAS,” katanya yang dihubungi menerusi WhatsApp bagi mengulas perkara itu, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh memuat naik hantaran di Facebook miliknya dengan mengingatkan semua pihak supaya tidak memfitnah.

“Janganlah bermain-main dengan fitnah. Anda sedang mempermainkan peringatan besar nabi صلي الله عليه وسلم kepada umatnya di akhir zaman.


“Ia merosakkan hati dan memalingkannya daripada menerima dan mencintai kebenaran,” katanya.

Terdahulu, tular sekeping gambar Nik Mohamad Abduh di media sosial yang bertulis ‘Saya ikut jejak UMNO keluar kerajaan PN PAS, PPBM, Perikatan Nasional. Insya-Allah bersama tujuh ahli Parlimen PAS’. – myMetro Online

Kategori