Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tuduh Sofi Mengurat Isteri,...

SEBELUM ini kecoh di media sosial apabila seorang lelaki menuduh pelakon Sofi Jikan...

Kajian Jihad Perangi Orang...

SERDANG - Hasil kajian pelaksanaan program 'Jihad Memerangi Orang Tengah' akan diketahui Disember...

Suami Isteri Maut Kereta...

KLANG - Dua individu maut selepas sebuah kren statik tumbang dan menghempap kenderaan...

MRT Capai 61.2% Tahap...

KUALA LUMPUR - Projek pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) kini mencapai tahap...

COPA: Argentina Ikut Jejak Chile Ke Suku Akhir

BRASILIA – Argentina mengikut jejak langkah Chile apabila mengesahkan tempat ke suku akhir dalam saingan Copa America.

Argentina mencatat kemenangan kedua dalam tiga perlawanan selepas menewaskan Paraguay 1-0, di sini, hari ini.

Alejandro Papu Gomez menjaringkan gol tunggal buat Argentina pada minit kesembilan dalam perlawanan yang berlangsung kurang menarik di Brasilia.

Kemenangan itu meletakkan skuad La Albiceleste di tangga teratas Kumpulan A dengan tujuh mata-cukup untuk mendapatkan tempat ke peringkat seterusnya kejohanan yang berlangsung di stadium kosong di Brazil akibat COVID-19.

Perlawanan itu turut memahat sejarah peribadi bagi Lionel Messi, yang menyamai rekod Javier Mascherano bagi penampilan terbanyak untuk Argentina iaitu sebanyak 147.


Terdahulu, dalam satu lagi aksi Kumpulan A, Chile terikat 1-1 dengan Uruguay untuk mengumpul lima mata selepas tiga perlawanan dan berada di kedudukan kedua.

Dengan empat perlawanan berbaki dalam Kumpulan A, Paraguay, Uruguay dan Bolivia masih memiliki peluang untuk mara ke suku akhir. – Agensi

Kategori