Dari Facebook Najib Razak
POSTING saya tadi ialah jika kerajaan PN percaya bahawa bantuan RM300-500 bagi satu rumah tangga B40 atau bantuan RM100 kepada orang bujang dalam pakej PEMERKASA+ adalah cukup bagi mereka hadapi Total Lockdown sekurang-kurangnya 1 1/2 bulan.
Seperti biasa, pihak sebelah sana pun beri jawapan standard “kerajaan tak ada duit untuk beri lebih bantuan sebab Najib dah rembat semau duit”.
Ramai dari golongan bujang, B40 dan M40 sedang mengeluh bagaimana untuk menghadapi tempoh 1 1/2 bulan ini, boleh pula mereka keluarkan propaganda seperti ini. Tak faham betul.
Jadi, saya pun nak tanya soalan paling pokok.
Dari mana PM8 dan kerajaan PN dapat dana RM600 bilion untuk mereka belanja setakat ini?
Adakah PM8 menabung dari kecil atau Guan Eng kumpul untuk dia?

Korang tahu tak bahawa KESELURUHAN hutang langsung negara semasa PRU14 yang ditinggalkan dari zaman PM1 hingga PM6 adalah sebanyak RM686.8 bilion?
Yang kerajaan PN belanja RM600 bilion begitu sahaja dalam masa yang amat singkat ini, apa cerita pula?
Jadi, sedarlah dan mengakulah sahaja bahawa kerajaan BN tinggalkan rizab dan kekayaan yang amat besar bagi negara berbanding hutang
Malah, KESELURUHAN dana RM5 bilion yang kerajaan PN korek dari Tabung KWAN untuk membiayai program vaksinasi Covid yang akan menyelematkan negara juga dibina oleh kerajaan BN apabila nilai tabung KWAN meningkat dari RM4 bilion masa saya jadi PM ke RM17 bilion semasa PRU14.
Ini fakta yang tidak boleh dinafikan.