Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Suhu Panas Melampau, Jalan...

FENOMENA El Nino yang berpunca daripada gelombang udara panas telah meningkatkan suhu di...

Proses Penamaan Calon PRK...

SUNGAI BESAR - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar...

Mas Idayu Nangis ‘Dibelasah’...

PENYANYI dangdut, Mas Idayu menjadi bualan hangat dalam netizen selepas tularnya rakaman memarahi...

Elizabeth Tan Terima Semua...

PENYANYI Elizabeth Tan yang popular menerusi lagu Knock Knock mengakui dirinya berasa malu...

Elaun 19,000 Sukarelawan Kesihatan Dinaikkan RM100 Sehari

TANGKAK – Elaun atau sagu hati untuk sukarelawan kesihatan yang terbabit dalam proses vaksinasi dan pengurusan COVID-19 di negara ini dinaikkan kepada RM100 sehari, mulai bulan ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata seramai 19,000 sukarelawan kesihatan dijangka menerima sagu hati ini dengan implikasi kewangan tambahan berjumlah RM180 juta.

“Hari ini saya mengumumkan kerajaan bersetuju bayaran sagu hati kepada sukarelawan kesihatan ditingkatkan daripada RM50 sehari kepada RM100 sehari.

“Ia membabitkan sukarelawan yang bertugas melebihi 12 jam sehari bermula bulan ini.

“Selain itu, bayaran sagu hati ini turut diperluaskan kepada sukarelawan kesihatan yang bertugas di lapangan, selain dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau PPV Dewan Muafakat Bukit Gambir, di sini, hari ini. – BH Online

Kategori