Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Alexis Lengkapi Barisan Depan...

JOSE Mourinho telah memutuskan untuk tidak menandatangani seorang pemain penyerang pada musim depan...

Bangunan Tinggi Di Changsha,...

BEIJING: Kebakaran besar berlaku membabitkan sebuah bangunan pencakar langit di bandar Changsha, di...

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut...

FLORIDA –Kematian tragik seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang tertembak dirinya sendiri dengan...

Guru Sekolah Agama Tidak...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mempertikaikan...

EU, AS Bolot Vaksin Jejas Usaha Malaysia Percepat Imunisasi

KUALA LUMPUR – Tindakan negara kaya seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) membolot bekalan vaksin COVID-19, menyebabkan negara lain termasuk Malaysia lambat menerima bekalan itu hingga menjejaskan usaha mempercepat kadar vaksinasi kepada penduduk.

Susulan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata adalah tidak adil untuk membandingkan kadar vaksinasi di negara ini dengan negara berkenaan yang membeli sejumlah besar vaksin pada peringkat awal secara pukal.

“Sebagai contoh, Hungary adalah sebahagian daripada EU dan EU berunding dengan pembekal vaksin secara pukal dengan kuasa beli mereka, selain kilang mengeluarkan vaksin juga ada di Eropah.

“Jadi, mereka membolot vaksin lebih awal lagi, sedangkan negara di Asia termasuk Jepun yang sudah maju pun sangat terkebelakang berbanding Eropah, AS, United Kingdom dan Kanada, serta negara Amerika Selatan yang menerima banyak bantuan daripada AS,” katanya pada sidang media perkembangan PICK di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengapa kadar vaksinasi COVID-19 di negara ini lambat, berbanding negara seperti Hungary yang boleh membenarkan puluhan ribu penonton menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium mereka selepas sebahagian besar penduduk negara itu sudah menerima vaksin. – BH Online

Kategori