Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Penumpang Pesawat Biadap AirAsia...

GAMBAR seorang wanita meletakkan kakinya di tempat letak tangan seorang lagi penumpang wanita...

Varian VOC COVID-19 Sudah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan penularan lebih meluas...

Datuk ‘Sado’ 72 Tahun...

MESKIPUN tergolong dalam kategori warga emas, ianya tidak mengalang seorang datuk dari China...

AS Terkedu Dengan Taktik...

KOREA Utara mengambil langkah setapak ke depan dalam isu amaran perang terhadap AS,...

EURO 2020: Misi Hidup Mati Sepanyol

MADRID – Sepanyol bakal berdepan tekanan dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan mereka menentang Slovakia, Khamis ini dengan pasukan kendalian Luis Enrique perlu melakar kemenangan bagi menjamin tempat ke pusingan 16 terbaik di Euro 2020.

Selepas ketiadaan Sergio Ramos, Enrique tampak dibayangi persoalan mengenai kurangnya karakter kepemimpinan dalam skuad mudanya.

Permulaan baik menentang Sweden, namun permainan tampak goyah pada babak kedua dengan mereka terlepas peluang meledak jaringan menerusi sepakan penalti, sekali gus menyaksikan Sepanyol seakan hilang kemampuan untuk beraksi dalam situasi genting.

“Negara ini pernah memenangi Euro dan Piala Dunia, tetapi dalam skuad ini, ramai tenaga muda,” kata pertahanan Sepanyol, Cesar Azpilicueta.

“Terdapat beberapa kapten dalam pasukan kami, kami tahu bagaimana untuk bertindak dan setiap pemain akan memberikan yang terbaik pada Rabu ini (Khamis).”

Kapten, Sergio Busquets dijangka diturunkan selepas kembali menyertai pasukan susulan keputusan ujian COVID-19 terhadap dirinya didapati negatif.


Busquets tidak diturunkan dalam dua perlawanan pertama Sepanyol sebelum ini.

“Dia seorang pemain yang penting dengan pengalaman dimilikinya baik di dalam atau di luar padang,” kata Azpilicueta.

“Dia seorang kapten yang luar biasa dan kami tahu penguasaan yang boleh dibawanya di bahagian tengah. Kami sangat gembira dia kembali.” – Agensi

Kategori