Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hanya 2 Bulan Buat...

KUALA LUMPUR - Atlet terjun negara yang beraksi di Sukan Olimpik Rio lalu,...

47 Lagi Maut Akibat...

BEIJING - China melaporkan 47 lagi kematian akibat Covid-19, sekali gus meningkatkan jumlah...

Pasukan FRU Tiba Di...

Kuala Lumpur : Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di stesen Transit Aliran Ringan...

Sah! Maszlee Bukan Lagi...

KLUANG - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada Ahad mengesahkan yang beliau sudah...

Euro 2020: Sterling, Kane Wira England Singkir Jerman

LONDON – England mara ke suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0 hasil jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane di Wembley.

Kemasukan Jack Grealish menggantikan Bukayo Saka di pertengahan babak kedua ternyata memberi impak apabila pemain itu terbabit dalam gol pembukaan Sterling pada minit ke-75.

Jerman mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan tetapi Thomas Muller yang hanya berdepan penjaga gol Jordan Pickford menyaksikan percubaannya tersasar.

England memastikan kemenangan pada minit ke-86 menerusi Harry Kane yang meledak gol pertamanya di kejohanan kali ini.

Sterling pula meledak tiga gol dalam empat perlawanan di pentas Euro 2020 dan masih berpeluang untuk memburu Kasut Emas kejohanan.

England akan bertemu pemenang di antara Ukraine dan Sweden yang akan bertembung sebentar lagi. – Agensi

Kategori